yang terakhir

July 11th, 2007 by azzuera

tika dan saat ni, tengah tunggu kelas mikroteaching fizik….lecturer tak datang lagi..dah la kat kelas ni ada kelas lain, tak tau lah aku, diorang dah masuk ni, banyak tempat bertindih….apa apa je la

hari ni last class, next week exam, cuti seminggu, pastu g LM..malas nak pikir pasal LM biar je lah

rasa macam sekejap je duk sini,tetiba dah nak abis…

wishing my last class today will be fine…..and full of happiness.best of luck for those who doing their microteaching today…gud luck.

tak sedap badan..

July 3rd, 2007 by azzuera

diam tak diam dah minggu ke 11. tak sangka lak..tak lama lagi nak g praktikal..tak tau la apa jadi, rasa diingat2 balik, tak sangka aku g buat DPLI ni,
waktu taip blog ni, aku sakit tekak. rasa cam nak demam je, badan pun rasa tak sedap. nak g cari panadol lepas ni..budak baru dah mendaftar masuk, next week dah ada bas..tak yah berjanji2 dgn uncle lagi…minggu haluan siswa ni memmang mencabar minda. bukan apa bilik aku dekat btul dgna tempat diorang buat aktiviti tu… announcement sumer aku dengar, lagu cheer tu pun aku dah nak hafal dah…mencabar hati, perassaan + waktu tido sekali, tak pe lah ..layankan aje, nak wat camna.
tetiba tyeringat satu citer kartun yang aku suka tengok waktu kat umah sewa dulu..fruit basket, rasa nak g tenok lagi citer tu..tetiap ahad muka ni la yang tercongok depan TV pkul 10 menegok citer tu, aku dah siap mandi, sarapan sumer semata2 demi fruit basket. tapi aku memenag bangun awal pun (hehehhe betul ke).
kagum dengan Toru yang sangat positif..Ntv7 tak mau ulang lagi ke cite tu?

penat..2

June 21st, 2007 by azzuera

minggu ni memnag minggu penat.selasa petang ada match netball sempena dpli days..penat .last aku main waktu form 1, 13 tahun, skang ni umur 24thn baru main balik..kira la 9 tahun selepas itu..sudahnya malam aku tido je, pkul 10.30 dah tido dengan teknologi tak baca lagi…tu la sapa suruh main dengan penuh perasaan..

rabu test teknologi, malam prepare tuk mikro teaching, khamis ada mikro teaching..lega dah lepas..malam aku g tgk susuk and emilda.tido awal sikit,

tapi tak lega gak, banyak assignmennt berderet,  psycho group, ulasan artikel tekno, lab report,inovasi lab, kerja kaca , pasco, kaedah kimia chemical bond, pendidkan kimia asid bases, report informal learning….kak azie nak kawin, nak g kenduri dia, singapore, huhuhuhu banyak nya

tapi yela selagi bergelar manusia memang la macam ni …..

penat….

June 20th, 2007 by azzuera

minggu ni aku isytiharkan minggu banyak kerja…rasa macam nak kerat2 je badan ni, separuh g buat keje lain, skit lagi g buat keje lain..at the end semua kena siap dengan jayanya karang la sambung nak balik ni…

apabila mengarut itu lebih seronok…

June 1st, 2007 by azzuera

sebenarnya ni tengah kat cc.cari menda utk assignment psycho,piaget and vygotsky.canggih giler nama,tapi tak dapat dinafikan lah main frenster seribu kali lagi best dari bergelumang dengan theory2 itu…

ni yang mengarut2 kat sini ni.kalo lah dapat assignment why friendster is important,senangnya hati aku, tak yah cari jurnal, aku sendiri buat theory nya,kat reference tulis,by Azura Ansor .hehehee

belaja benda2 pendidikan ni susah gak.Who say art is easy?sastera and sains sosial ni lagi susah kadang2,lagi banyak theory kena ingat dan kena pandai goreng menggoreng,  assignment pun banyak.kat fizik dulu lain citer la, refer jurnal pun aku tak tau sangat rasanya, kat sini siap g pinjam jurnal lagi, tak pernah dibuat sepanjang 24 thn ni,.satu lagi APA format pun aku tak pernah dengar,kat sini satu kewajipan letak reference guna APA format.takk tau la kalo memang dah lama wujud perkataan APA format tu.hehehe itula lain tempat lain caranya.adaptation is very important.dah jadi macam tulis assignment lak.kalo mengarang blog cepatnya aku buat ,kalo assignment harus diperam 2, 3 hari.bad habit, buat keje last minute.hehehhee

dahlah macam nak tutup je cc ni.

Buat yang diridui 2

May 20th, 2007 by azzuera

hari tu aku g KL.lama dah.Opss..perasan tak ,aku punya cerita kat sini tak ikut susunan tarikh kan?cerita lama pun nak tulis. bukan apa , saja..banyak kenangan nak di abadikan.kita kena ada back up copy..kot la satu masa nanti, hilang ingatan, aku tau la aku dulu macam mana.hehehhehe

cuti sem hari tu, kami cuti seminggu je,hujung bulan 4 aku g KL. duk rumah sewa dulu seminggu.saja nak melawat housemates. menghabiskan cuti sem kat KL, tak balik banting langsung,huhuhu next weeknya cuti hari pekerja yang bersambung2 tu  baru balik banting,okey la tu..adil

aku gi kat KL hari selasa,malam tu makan char kuey teow kat vista sambil sembang dengan Ramlah n Lin. rindu kat Ramlah.dekat 2 jam kami sembang.lupa awie ada pesan burger.kesian pompuan ni dah lapar tunggu kitorang tak naik2 umah.kitorang dah order dah burger tu tapi lama bersembang lupa ada yang menanti dengan perut yang lapar kat atas umah tu…ampun awie, ampun.tapi memang melepas rindu betul makan char kuey teow tu, sedapnya..

kat umah sewa aku tu tak banyak yang berubah. ada housemate baru nama dia Diran, kakak fauziah. ganti kak bai. kak bai dah takde.dia duk umah baru,dah kaya kan…heheheeh.ada cerek baru, diorang baru beli cerek, ada bunyi lagi, tak yah masak air dalam periuk.huhuhu aku expect ada mesin basuh ke ,tv plasma ke,  apa2 yang canggih tapi okey la gak..majalah yang banyak tu pun dah dijual, berapa korang dapat jual majalah tu?

tali ampaian masih sama ,tak roboh lagi, bilik air pun macam tu gak, sinki pun maintain ,tak runtuh lagi. tapi lampu bilik air tu macam dengki je aku datang, waktu tu la dia nak berkelip2. dah terasa macam mandi dalam disko lak, pening kepala aku.

esoknya, bermula episod berjalan2 sekitar KL.g Sogo(really miss u), Jalan TAR,naik LRT(padahal dulu sampai dah tak terlarat2 nak naik LRT),teman Lin sebenarnya .aku cuma beli sikt je.window shopping je lebih.beli kain nak buat baju Riau.dah siap dah pun baju tu, aku tempah kat umah ari tu, tapi tak bawak g sini lagi.g cuci gambar camping 35 sen sekeping,kat cm, paling murah setakat ni aku pernah jumpa, kao kat mid diorang kata 50 sen.cantik gambar.

esoknya, tengok JAngan PAndang BElakang.best la gak. takut,paling takut waktu kat tepi jalan keta rosak tu n waktu nenek dia ajak kawan dharma masuk n waktu dharma angkat nenek dia. hui..meremang.tengok dengan LIn.

hari Sabtu teman LIn g Nilai, tengok rumah dia.kira aku datang KL ni memang minggu bersama Lin. lepas ni mesti dah sibuk kan.apa apa pun enjoy la datang KL. lupa nak cakap, aku dapat gak makan burger ayam special abang peterpan, abang peterpan lagi yang buat.bestnya, rasa nak makan lagi.memang hapus rindu dendam ni. hehehe

buat LIn,

Semoga bergembira dengan kerja baru kau. memang penat tapi berbaloi, lagi best bila ko tak menganggur langsung.gaji pertama nak buat apa??beg dah beli, kasut pun dah, tak nak g genting ke??nak order pizza pun tak yah guna blockbuster lagi heheheheh

buat awie, sorry bebanyak pasal burger tu,aku la yang buka citer macam2 sampai diorang lupa nak naik heehheh.ko jangan makan black forest lagi, nanti terlebih tenang sampai tak nak baca buku. marah aku lak.hehheh.gud luck exam,dah dapat result ke?kalo tak lulus ,kawin je( ko gak yang kata nak kawin hujung tahun ni kan).aku bagi hadiah coklat black forest yang paling besar nanti, macam yang aku bawak ari tu, biar ko tenang selalu.hehehe

untuk diran, sue, fauziah,nor..

GUd luck korang,jaga rumah baik2 jangan bagi masuk pencuri lagi.sapa2 yang kawin jemput la aku.buat cekodok ikan bilis adabi baik2, kalo lebih makan untuk aku.

ririn n shu..

shu, aku dah interframe nama ko ni, ni sequel yang ari tu..mesti korang rindu aku kan??kalo jumpa apis lagi, jangan lupa minta autograph, kalo jumpa tom ,minta bagi pihak aku hehehe ….

kak bai….

rasa kecewa tak dapat jumpa, saya baru nak tunjuk gambar g camping haritu dengan cerita2 selanjutnya. baru ingat nak tengok umah baru kak bai, dah kaya nampak, kereta bila lagi, VIva tak nak tempah ke?tak jadi g sabah tak pe lah,kalo yang kat sini pun dah tak nak kawan, cari la orang lain, orang tak sudi tak pe.hehehhe ayat sedih gila. saja je interframe kak bai,tak nak komen ke???

alamak, dah jadi macam emel lak..bukan blog..heheheeeh okey la bye.

happy mother’s day

May 13th, 2007 by azzuera

semalam hari ibu…aku lak orang last yang wish kat mak aku.

dikna orang first, (nama pun dikna semestinya menda2 seperti ni jadi orang first).Lan yang jauh pun dah wish ,aku malam baru nak tepon huhuhuhu itupun si Ain yang tepon sebenarnya.

hehhehe ….no comment …aku memang teringat tapi tak tau kenapa macam bertanggguh2 lastnya baru sedar eh dah malam, tak tepon lagi.jap tu si Ain lak yang call cakap "along je yang belum wish"hehehhee sekali lagi no comment, memang salah sendiri. suratan takdir.

tak wish tak bermakna aku tak ingat. mana boleh lupa mak ayah aku.family aku. cuma aku tak berapa amik berat sangat kot( dalam erti kata lain malas) bab2 wish ni. kalo besday orang lain pun payah nak ingat.tak tau la kenapa… tapi bertuah lah kalo aku ingat besday korang, mesti aku wish ..tak ingat besday tak bermakna tak ingat kawan ye tak???

untuk mak aku…tak terkata, tak pandai nak mengarang ayat nak cakap camner kat mak aku.terima kasih atas segala galanya.

bila rindu menyapa

May 10th, 2007 by azzuera

tajuk blog macam tajuk novel…saja jer, tetiba rasa nak g UM lak.ni kat lab kimia ni, buat eksperimen magnesium oksida. g panaskan lelama pastu baru tau bukan macam tu cara panaskan dia.hj muslim kata memang takkan terbakar kalo panaskan dalam mangkuk pijar tu saja.kena bakar sikit kat atas dia.sampai abis gas penunu bunsen tu kami kerjakan tak terbakar2 pun.nasib mood okey kalo tak mau aku mengamuk tadi. tadi g timbang2 brg2 tu teringat lak waktu aku buat lab projek dulu. rindu lak dkat barang2 aku, kat Lithium salt yang busuk tu, kat kebuk wasap hehhehheh macam dah takder menda nak dirindu  dah.kebuk wasap pun nak cerita.

rasa macam nak g Low Yatt, cari pendrive,cari laptop..sangat memerlukan laptop skkang ni, banyak nya assignment.lab report lagi tiap2 minngu.tapi tak pandai nak cari laptop, takut kena tipu.nak ajak member pun sumer2 nya macam aku lah, tau guna je…nak ajak saper????tak tau la tapi memnag kena beli gak ni.tertekan je bila pikir banyk menda nak kena buat.

UTM cuti skang ni,bas pun tak banyak,siap berjanji2 lagi dengan uncle bas tu.semalam janji kat dia sruh amik pkul 8.30 sebab aku nak g lab pkul 9.dia siap tanya lagi tadi mana yang janji dengan dia semalam.dia tak perasan aku dah naik.hehehhe best la pakcik ni. lepas ni boleh ajak g Angsana lak huhuhuhu ni rasa nak g beli kereta ni.aku nak beli kasut comel tu..

rasa nak g jalan2 cari kasut…blh ajak Lin tapi Lin dah keje skang, mesti ko takde masa nak merayau kan???aku pun sama Lin.mega Sale bila ye?duit tak de janji hati nak merayau tu ada huhuhu, jalan2 je lebih ,pastu cari kasut takde saiz nanti.

cafe pun banyak tak bukak yela org cuti, sapa nak makan,. rindu nak makan char kuey teow vista….macam2 la aku ni teringin itulah, inilah.nak balik lah ni ..ada date dengan uncle bas .harus aku berjogging kalo kena tinggal karang .huhuhuhu

tasik cini yang best….

April 25th, 2007 by azzuera

hari tu aku g camping, lama dah gak, tapi baru ada masa nak tulis (macam busy sangat je)..31 mac 2007.
lama dah tak g camping .last pegi waktu 2nd year .sebelum tu waktu sekolah..aku suka g camping tapi kena ada toilet yang sempurna la,kecik2 dulu bleh la g terjun kat sungai takkan skrang pun nak terjun sungai lagi…
kami g jumaat malam, excited gak sebab aku tk pernah tengok tasik semulajadi, tasik um tu pernah la, tapi bas tu sejuk gila, menggugat tido betul, kalo nak tau, tahap sejuk dia kurang sikit je dari DKF (kat um dulu DKF ni sejuk gila, bak kata su sampai mengigit gigit tulang).

sampai kat tasik cini dekat pkul 6, gelap lagi tak nmpak la pemandangan tasik tu.bila dah terang nampak dah tasik. cantik..lain dari yang lain. pastu aktiviti seterusnya g jungle tracking.best gak. aku duk depan waktu tu, tetiba aku dengar orang menjerit, pastu sapa ntah kata kat aku, diorang nampak ulat tu.tapi jeritan tu makin kuat dan tahap frekuensi dan desibel dia makin tinggi, takkan la jumpa ulat sampai macam tu, pastu ada lak yang kata lari  cepat.nampak mcm serius ni ,bukan ulat dah ni..cuak gak aku.rerupanya kena gigit penyengat .mangsa paling teruk ialah leong, kena g klinik PLKN.tapi dia masih nampak bersemangat sbab dia g tanya blh tak dia g kayak petang tu..huii bravo.dalam sakit2 masih ingat kayak. dah habis jungle tracking, nak balik ke khemah kami naik bot.tak pernah dalam hidup aku ni naik bot.best.nampak la betapa cantiknya tasik cini tu.

balik khemh ramai yang tdo, tapi walaupon penat aku tak leh tido sebab panas sangat. kalo korang nak tau, khemah tu sangat la panas waktu tengah hari, sebab kain dia tu ( aku rasa la) direka khas untuk memerangkap haba.macam bilik sauna.duk dalam tu memang berpeluh2, aku sampai sekarang tak faham macam mana la diorang blh tido kat dalam tu.aku pun g duk kat tempat khemah masak tu.walaupon bukn turn aku masak, tolong la apa yang patut, lagi rela tolong halau lalat dari duk dalam khemah

petang tu aktiviti kayak. aku pernah kayak 3 kali je.first kat um dulu dengan Az waktu join explorace UM.dua2 tak pandai.memang kayak kitorang asyik berpusing2 je, tak sampai arah tujuan pun. 2nd time dgn ella, lagi best ,confident gila naik sorang2,ella naik kayak lain(dia memng terror pun.pernah g kursus kayak, n pernah berminat nak join regatta kayak).tapi sama gak ,aku berpusing2 je lebih ,yang lagi best ella dah nak naik atas tebing dah .tinggal aku terkial2 kat tengat tasik tu nak g tebing, asyik berpusing2 je.balik kolej.. tangan sakit gila.3rd time kat tasik UTM.waktu ni kelas subjek ko-K, Naik dengan gja.gja terror dari aku.dia la banyk ajar nak buat apa.kalo ikut aku,memang tersangkut kat tebing je la..

kayak kali ni penat gak tapi best.penat sebab waktu tu nak ujan, angin kuat, kena kayak menentang angin, tak tau la aku ni ke yang ringan sangat, asyik melayang je kayak tu, tak leh nak jalan lurus.sama macam yang lepas2 .aku pun kalut2 gak(memang kalut pun aku ni).kali ni asyik nak menuju ke pokok mengkuang je.pastu nak g langgar kayak orang lain. nasib baik partner kayak aku ni okay, dia la tolong brek bila nak langgar kayak orang. kalo ikut aku, dah terbalik dah kot kayak tu. kalo naik sorang dah terdampar kat tengah2 pokok mengkuang tu rasanya (tengh 2tasik tu ada beberapa kelompok pokok mengkuang laut).

pastu bila 2nd grup nak kayak aku g join instructor tasik cini tu naik bot sambil tengokkan diorang naik kayak. cuba psiko ain sruh dia g kayak tapi tak berjaya.g sembang dgn abang bot tu, bru la aku tau kat tasik cini ada ikan toman.tak kenal pun ikan tu(aku mmg tak kenal ikan, ikan kembung aku tau la).dia tak bagi kocak air tasik dgn tangan nanti menarik perhatian ikan toman dan dia boleh gigit jari sampai putus.dia siap cerita umpan ikan toman ni ,anak ikan keli(rasanyala aku tak ingat sangat sebb aku tak minat pasal memancing).apa-apa je la bang oii…

malam ada makan2 .sementara tunggu nak tido tu kitorang main teka peribahasa. mesti korang pernh main punya.cabut satu kertas, lakonkan dan suruh member segroup teka.aku rasa aksi paling best dilakonkan oleh shah.dia dapat biduk berlalu kiambang bertaut.tapi dia buat aksi lukis bulatan dengan jari dia dan bultan itu main lama makin besar(blh imagine tak).tak tau apa kaitan biduk dengan bulatan?.korang tak rasa kelakar sangat?..korang kena suruh shah lakonkan sekali lagi la.meh datang utm. aku citer kat sini memng tak real.tapi yang aku tak takkan lupa peribahasa dari wan suharti.member group kami buat aksi untuk "bagai api dalam sekam", dengan confidentnya wan boleh jawab "api yg marak jgn disimbah petrol".adoila wan,, mana ko dapat peribahasa semoden ini.

malam tu sentri(berjaga malam).group aku dlm lebih kurang  pukul 3 cam tu.kitorang menyanyi je pun sebenarnya.diringi petikan gitar oleh clery.(credit for him, best dia main)dia je pun yang main malam tu hehhehe.lepas tu tido dengan nyenyak.thanks to kain khemah yang memerangkap haba tu, kalo tak mesti aku tak lena tido sebab sejuk(dalam hutan malam malam mesti sejuk kan?). aku tak bawa selimut pun.hehheeh

pagi tu ada abseiling and flying fox.dulu aku pernah g rock climbing kat um, waktu pesta konvo(tengah2 dataran pesta konvo tu dia letak satu dinding berbatu)g dengan Az.cnfident gila .pastu dah tengah2 dinding tu (dah naik separuh dinding dah waktu tu)rasa takut lak .g cakap dengan instructor nk turun tapi dia suruh aku naik gak sampai atas.buat kena gelak dengan member2 aku yang tak naik je(at least aku dah pernah g rock climbing, korang pernah ke?)

melalut lak, berbalik pada tasik cini..sungguh bersemanagt nak naik atas tu waktu abseiling ,dah sampai atas takut lak sebab bila tengok atas baru rasa tinggi.tapi aku tak cakap la aku nak turun. buat kena gelak je nanti dgn insructor tu.akhirnya berjaya gak….best rasanya bila dah jejak kaki kat tnah.pastu flying fox. tpi ni tak setinngi kat meru waktu btn dulu, kat meru lagi tinggi. tapi taku gak sebab dia tak cam lain skit.kat meru dulu tali dia menjunam je, takda sangat risiko tersangkut.tapi yang ni ada satu takat tu tali dia naik balik.macam bentuk V la.takut gak tersngkut kat tengah tu sebab aku ni dah la ringan.aku siap g tanya kat abg bot tu (waktu naik bot semalamtu), boleh tak aku g flying fox tnpa tersangkut kat tengah2 tali.heheeh yang paling best aku berjaya psiko leha supaya buat flying fox dan abseiling…kejayaan besar tu sebab dia tak nak memula tu.

petang tu lak  g bersiar2 naik bot kat tasik cini. bebudak ni kta persediaan n latihan kalo kena g hantar pedalaman serawak yang kena naik bot, nanti tak kekok lagi..hmm ada ada je korang ni.best gak . g melawat kampung orang asli..amik gambar dengan anak org asli pastu dia nangis .tak tau la sapa cubit dia.hehhheehhe dia takut kot dgn orang ramai2 g serbu kamoung dia. bebudak laki ramai g menyumpit.leong pun(yang kena penyengat tu) pun cuba nasib gak tapi tak keluar2 anak panah sumpit tu kena tiup kuat sikit baru keluar. tapi aku tak cuba pun sumpit tu, leka tengok diorang ni .

sebelum balik tu aku sempat amik gambar atas titi sorang2 tapi ingat nak amik yang view background tasik tapi tak sempat, amik yang biasa jer.blh imagine canmer tak?, mcm satu scene dalam muhsin tu tapi versi orked yang berseorangan huhuhuhuhu mengarut lak.

lepas abis bergambar ramai2 dengan banner(penting banner ni ,buat bukti), kitorang pun bertolak balik. sampai kolej pkul 12 lebih.
kesimpulannya aku memang sangat sangat suka camping kali ni….memng enjoy gila, tak der sapa yang nak jerit2 tiup2 wisel suruh cepat. atau kena berkawad tengah2 mlam sebab bising dalam khemah(aku kena denda waktu darjah 5 dlu, dah duduk satu khemah sumernya suka bersembang)…
kiranya camping kali ni dapat anugerah yang paling best dalam hidup aku….setakat ni la.

lepas2 ni dah kerja, mesti takkan segila2 ni, sumer pun nak membina keluarga(diorang la bukan aku..), jadi mak bapak orang..(aku dengar ramai member yang nak kawin tahun depan), so,
…. enjoy every single moment….live life to the fullest…bye

buat yang dirindui

February 4th, 2007 by azzuera

pernah dengar tak pepatah ,tempat jatuh lagi dikenang ini pulak tempat bermanja.selama ni aku memang tak ambik kisah sangat la ayat ni tapi sejak 2.3 minggu ni rasa rindu gila…rindu yang buat aku tak kisah duk library ni menaip blog dan mengorbankan waktu tidur petang aku ditambah lagi sanggup balik kolej n tunggu bas sorang2 sebab aku dah suruh roommate aku balik dulu tadi.apa yang aku rindu sangat ni……..

Lenguh Rahang

Istilah ni berasal dari kawan aku kat UM dulu, satu keadaan di mana seorang yang selalu bersembang mengalami keadaan tak der orang nak layan dia bercakap.selalu terjadi bila korang sorang2 je amik kelas tu, pastu takde gang..selalu terjadi kat aku gak.

contoh ayat: aku lenguh rahang kat kelas tu tadi, tak de kenal sapa2  pun.sumer budak 1st year.

Korang tak faham

satu frasa yang selalu digunakan untuk buat luahan perasaan. sama gak keadaan di mana korang je yang mengalami keadaan tu, membuatkan orang lain hanya mampu mendengar tanpa mengomen.jadi di hujung luahan tu, ada lah ayat ni.

contoh ayat: aku tensen gila ni,susah tau test tadi,sume soalan tak dapat buat,ko tak amik atom molekul sem ni..ko tak faham …

tapi orang tertentu je yang faham ayat ni, kalo orang lain dia akan rasa kecikhati dan marah sebab kita anngap dia tak memahami perasaan kita.sebebnarnya bukan macam tu ,ia satu manifestasi kesedihan hati yang tak terkira.tu laa…korang tak faham

ayat atas ni su selalu buat, tapi aku memang tak faham sebab dia masih score atom molekul..yang ni kes terpencil..aku memang tak faham dgan ko su..hehhehhe

buat korang sumer…semoga berbhagia dengan hidup sekarang ..dah lost contact sumenya..aku masih ada..hidup dengan sihatnya n maintain comel macam dulu

abang peterpan

ni merujuk kepada seorang abang penjual burger kat bawah vista tu, sebelah lori charkuew teow.best gila burger ni…tak terkata,aku rasa sampai hari ni aku tak jumpa lagi burger best macam ni.dah tercampak jauh kat sini, ari tu makan burger, tak best  terus rasa rindu kat abang peterpan.nak makan burger best…apsal kitorang panggil dia macam ni, muka dia sebijik gila dengan sorang ahli group peterpan tu.betul.kak bai pun minat dia huhuhuhu..selalu ayat kak bai "zura, sapa buat burger malam ni?, abang peterpan ke??"

What Women Want

cerita ni cerita wajib kat vista dulu,nanti ririn akan mengingat kan sumer orang adanya what women want malam ni, aku suka tengok tom dulu,tapi dah kuar dah,aku ,lin ,shu,ririn akan tengok dan seronoknya menggelakkan diorang.gelak gila gila sampai esoknya rumah masukpencuri..tu lah..suka sangat malam tadi..

Pillow Talk

aktiviti di bilik bersama kak bai dan roommate.bersmbang pasal pelbagai benda sampai la bennda mengarut.paling mengarut ,ikat cincin emas dengan rambut pastu kira dentingan kat gelas….satu lagi tulis nama atas tisu jalin2kan tisu tu tengok bersambung ke tak…sungguh mengarut,nak kira apa…biarlah rahsia.aku rasa ramai yang tau …kan??oohh ni tak der kaitan dengan amalan2 khurafat yer,,kang korang ingat aku main bomoh lak..

CSC pizza

percaya tak kekadang rindu nak dengar ayat ni

"azura,sampai pukul 10.30 malam ni,blh?" atau

"zura,amik order restoren" atau

"saya adi dari pizza hut sungai petani, nak bagi order customer" atau

nak menuturkan ayat ni

"thank u for choosing pizza hut, azura speaking" atau

"tak boleh lah,saya takder kawan nak balik malam ni kalo balik pukul10.30" atau

banyak lagi……

tapi yang paling penting sekali

kak bai

original massage dari kak bai.. heeehh rindu awak, sunyi je tak de orang membebel .awie baru pindah umah ni jenuh adjust tido sebab dia bawa tilam gedabak.ni yang membuatkan saya berkobar2 nak menulis ni kak bai..

ada gak yang rindu kat aku,ye …rindu gak kat korang sumer, nak mengomel2,membebel,bersembang bergelak ketawa tengok iklan hotlink..(apa..belum kahwin lagi…)iklan ni mesti ramai yang suka kan..aku suka gila iklan ni siaphafal lagi ayat dia hehehheh

buat kak bai…selamat bertugas di sabah dengan jayanya,kumpul elaun banyak2,pastu pindah la ke semenanjung, mengikut suami kekkekkekekke.kalau dia orang semenanjung la,kalau kahwin jemput ye..kalo ada rezeki, saya datang la akak kahwin nanti..ni dah interframe banyak dah ni.tak nak komen ke??

bye…..