rooftop rant
hari tu balik rumah..aku baca rooftop rant karya hlovte.aku jenis yg selak2 buku b4 baca, sbb pada aku baru ada feel nak baca betul2.tapi tak tau hampir seminggu lebih aku rasa macam takde mood.sampai la hari khamis aku baca..sebab nak mengelak dari menanda kertas..konon2 amik mood nak tanda kertas, pastu terlekat terus.hehehehhee
cerita ni pasal trisy and jade..sinopsis kat blkang tak berguna sangat la..tak tau sgt pun citer pasal apa.mungkin penulis tu nak bg org surprise kot.baru la org nak baca.
cerita ni pasal trsisy yg hidup dalam kesepian sbb famili dia tak hiraukan dia,mak ayah yang kaya tapi tak nak amik peduli pada anak2.sibuk dgn golf n meeting persatuan.trisy anak bongsu,abang n kakak pun tak amik peduli.
jade lak(aku suka nama jade ni,unik n cool, secool watak tu), suka lukis komik.tapi mak n ayah dia tak suka sgt sbb rasa bidang tu tak menjamin masa depan. dia amik mass comm, tapi dalam masa yg sama dia saja suka2 lukis komik, kekadang hantar kat magazine.
diorg ni suka dudk kat atas bumbung wisma topaz.tapi masing2 wat hal sendiri.trisy termenung, jade lukis komik, tak pernah pun diorg bercakap, sampaila tetiba satu hari trisy ni pengsan, jade tlg hantar kat hospital.sejak tu diorg jd kawan,tapi kawan yg betul2 kawan, bukan yg ada double meaning, kawan untuk kawin ke apa.
kawan yg ada life masing2, yg tak interfere life masing2, tapi ada bonding yg sukar dimengertikan.bonding yg wat trisy menerima jade dgn sekali lamaran, lamaran yg tak romantik tu berbanding dgn lamaran lekiu yg dah meminati dia sampai 2 tahun.
masing2 menjadikan bumbung atas wisma topaz tu tempat melarikan diri.trisy lari dari masalah family n masalah jiwa yg sepi, jade lari dari masalah famili tak blh terima minat melukis dia.. waktu tu la diorg berkawan..diorg duduk bersembang2 tanpa buat benda2 pelik, or tgn yg merayap gatal kat atas bumbng tu.diorg cam ada hari2 tertentu g situ, takdelah berumah tangga kat atas tu.
tak lama lepas tu trisy pindah jb duk ngan atuk dia,jade dapat jd freelancer lukis komik…endingnya masing2 bahagia, trisy sambung belajar kat oversea n jade jadi pelukis komk yg berjaya.dia lukis komik rooftop rant, kisah dia dgn trisy n diorg kawin….
apa yg aku suka dgn citer ni….aku suka friendship diorg.cerita yg simple tapi olahan yg baik.walaupun aku ada gak skip baca part2 tazkirah tu(heheheeh).aku suka friendship macam tu…..cerita ni wat aku sedar apa yg kita nak tu kita yg mencorakkan dibantu gak dgn Yang Mha Esa..macam org kata,pisau dan mentimun kat tgn kita,pandai2 lah kita nak ukir or nak potong macam mana. persekitaran tu mempengaruhi…tapi pucuk pangkal tu kita jugak.apa je keputusan yg kita wat, kita juga yg terima. badan ni gak yg menanggung.org sekeliling akan mengata or memberi nasihat, tapi yg pegang tali nak kawal hidup tu kita jugak.kekadang tu kena ckp macam ni, “pedulilah apa org kata, dia tak tau apa yg kita rasa”.heheheehe kedengaran kejam..tapi kalo asyik nak fikir apa org kata, tak kemana pun hidup kita ni.tapi as long as apa yg kita buat tu di jalan allah lah.kalo ko duk serumah degn lelaki bukan muhrim , pastu jiran mengata…tak leh nak kata lah diorg tu salah ,mmg wajar lah jiran mengata.ye tak?
tapi kekadang tu aku pkir gak kalo org mengata macam mana?
contoh macam kalo aku pakai tudung tak match dgn warna baju, nanti org lain kutuk macam mana.macam la ketakserasian warna baju n tudung tu leh wat org buta.hehehehhhe?hehehehe padahal takde effect apapun kat org tu.
apa pun macam…aku suka phrase ni yg kat dlm buku tu.
….live well or live hell..
…you choose….