Archive for July, 2009

komik oh komik

Saturday, July 4th, 2009

habis pasal buku rooftop rant…buku ni wat aku teringat pada era kebangkitan komik..aku start baca komik dalam majalah gila-gila n gelihati. aku lagi suka Gila-Gila.waktu tu aku sekolah rendah lagi, majalah ni aku selalu baca kat umah wan.(aku panggil nenek aku, wan).ntah sapa ntah yg beli, makcik n pakcik aku kot, pastilah bukan wan yg beli.dalam Gila-Gila cerita yg aku suka  cerita 3 Dara Pingitan, Aku Budak Minang n ruangan Profesor Serba Tau.

3 dara pinigtan ni crita pasal esah, awa n noi.diorg ni duk kat kg, menoreh getah,diorg kawan dgn jai(jai ni lelaki).cerita biasa2 lak, tapi kelakar.pasal diorg ..awa wat bisnes jahit baju raya,smpai tak dpt siapakn tempahan org.pasal esah yg bakar kuih raya sampai hangit, nak terbakar rumah,pasal jai yg bukak kedai runcit, tapi tak berjaya sebab dia baik hati sgt bagi org utang sampai rugi.nak nak kalo pompuan cantik, beli kelapa parut setengah biji pun dia blh g tolong hantar kelapa tu kat rumah.hehehehehhe

aku budak minang pun aku suka.pelukis dia Ujang.cerita pasal Ujang yg dudk dgn atuk dia kat kampung n adik dia yg tak berapa betul sgt.Nama adik dia Aca.dia ada awek nama Anor. Anor ni belaja kat oversea rasanya lah(part anor ni aku tak ingat dah).aku tak ingat da apa ending citer aku budak minang ni…entah ada ending entah tidak sbb tak lama lepas tu aku tak layan dah gila2 ni.tapi ada sekali dulu Lan beli satu komik penuh dgn koleksi ujang…ada la.tapi cam kabur2 sbb waktu tu aku kecik gak lagi.tak ingat sangat.

citer aku budak minang ni pada aku la novel komik bersiri (ada ke istilah ni?memandai je buat)first yg aku baca.komik bersiri yg jalan ceritanya cerita tentang life,yg tak la lawak sgt..tapi ada la kisahnya n  agak panjang .yang citer dari hati.ntahlah cmner nak cakap.cukupla kot kalo aku sorg je yg faham.

bila aku dah besar skit masuk sekolah menengah aku perasan satu zaman kebangkitan majalah Ujang.rasanya sumer org tau majalah ujang waktu tu.kartun2banyak yg best n cantik.aku suka apa ye?aku suka Ubi lukis..comel.citer  Budak Hostel.pastu aku suka kartun satu page gak macam Erin n Heris.diorg ni couple, cantik kartun ni .selalunya berwarna n warna dia tu kabur2 terang, cm kaler dgn water colour, cantik.aku suka gak Honey n Aceh.couple ni lak awek dia anti gila dgn kerang….aku suka Mat Despatch.dia  ni keje despatch.lurus skit, n selalu minta rm2 kat org.apa lagi ye yang aku suka..aku suka novel komik..aku hidup dalam blues.btul ke tajuk dia?camtu la lebih kurang..pasal laki ni apa ntah nama dia Yon ke? dengan satu p’puan ni dia minat nama Jessica.tapi sama cm Aku Budak Minang tu ..aku pun tak tau apa ending citer tu…

waktu tu gak kat tgh2 majalah ujang tu akan ada poster yg dilukis cantik2 n ada kata2 yg best, kekadang org amik wat balut buku or fail.tak lama lepas tu ada lak komik aku hidup dalam blues(aku dah ingat2 lupa namanya).komik ni ada lukisan yg cantik n kebanyakannnya citer novel komik macam citer jessica tu. kat sini aku suka citer aku, dia dan volkswagen n In.aku pula lak pasal In tu.ye ke nama citer tu In. citer pasal bdk tomboy.dua2 Ubi yg lukis.

tak lama lepas tu aku pun dah tak layan Ujang,ada sekali tu aku terbca Ujang n dah tak sama perasaan macm aku baca dulu-dulu.masa berubah…mungkin selera aku yg berubah.tak tau lah.

tapi aku teringin nak tau ending citer Jessica tu, Volkswagen n In.

takde apa ulasan pun pasal komik tu.cuma aku selalu mengkagumi lukisan2 dalam komik ni.cantik.tak senang nak pikir cerita n gambar. cuma sekarang ni banyak dah komik.kalo dulu komik yg glamer ialah komik lawan2 macam pedang setiawan, satria, ke apa ntah namanya. pastu ada la zaman dragon ball. pastu ada sailormoon, doraemon, n seterusnya.sekarang ni  komik ni berkembang macam2 stail ada, yg romantik, yg seram…tak macam dulu.komik ni untuk budak2 n citer mesti kelakar, tapi sekarang ni benda sedih pun blh jadi komik.

kalo lah ada org kata komik ni tuk budak2, aku tak setuju. sebab aku baca penyiasat remaja sampai sekarang.dan  aku (dan adik beradik ku..kena bagi kredit gak kat diorg sbb ada diorg beli )mengumpul  Sekolah Detektif Q dari siri 1 sampai 22.best apa.pada aku suka ati lah apa yg kita nak baca apa..selagi menggembirakan hati n tak menyusahkan hidup org lain. tapi aku suka komik-komik ni je.doraemon(dulu la), sekolah detektif Q n hajme kindaichi.conan biasa2 je.tak layan sgt.

habis dah pasal komik..cam best lak citer pasal ni.heheheheh nanti-nanti sambung lagi.

rooftop rant

Saturday, July 4th, 2009

hari tu balik rumah..aku baca rooftop rant karya hlovte.aku jenis yg selak2 buku b4 baca, sbb pada aku baru ada feel nak baca betul2.tapi tak tau hampir seminggu lebih aku rasa macam takde mood.sampai la hari khamis aku baca..sebab nak mengelak dari menanda kertas..konon2 amik mood nak tanda kertas, pastu terlekat terus.hehehehhee

cerita ni pasal trisy and jade..sinopsis kat blkang tak berguna sangat la..tak tau sgt pun citer pasal apa.mungkin penulis tu nak bg org surprise kot.baru la org nak baca.

cerita ni pasal trsisy yg hidup dalam kesepian sbb famili dia tak hiraukan dia,mak ayah yang kaya tapi tak nak amik peduli pada anak2.sibuk dgn golf n meeting persatuan.trisy anak bongsu,abang n kakak pun tak amik peduli.

jade lak(aku suka nama jade ni,unik n cool, secool watak tu), suka lukis komik.tapi mak n ayah dia tak suka sgt sbb rasa bidang tu tak menjamin masa depan. dia amik mass comm, tapi dalam masa yg sama dia saja suka2 lukis komik, kekadang hantar kat magazine.

diorg ni suka dudk kat atas bumbung wisma topaz.tapi masing2 wat hal sendiri.trisy termenung, jade lukis komik, tak pernah pun diorg bercakap, sampaila tetiba satu hari trisy ni pengsan, jade tlg hantar kat hospital.sejak tu diorg jd kawan,tapi kawan yg betul2 kawan, bukan yg ada double meaning, kawan untuk kawin ke apa.

kawan yg ada life masing2, yg tak interfere life masing2, tapi ada bonding yg sukar dimengertikan.bonding yg wat trisy menerima jade dgn sekali lamaran, lamaran yg tak romantik tu berbanding dgn lamaran lekiu yg dah meminati dia sampai 2 tahun.

masing2 menjadikan bumbung atas wisma topaz tu tempat melarikan diri.trisy lari dari masalah family n masalah jiwa yg sepi, jade lari dari masalah famili tak blh terima minat melukis dia.. waktu tu la diorg berkawan..diorg duduk bersembang2 tanpa buat benda2 pelik, or tgn yg merayap gatal kat atas bumbng  tu.diorg cam ada hari2 tertentu g situ, takdelah berumah tangga kat atas tu.

tak lama lepas tu trisy pindah jb duk ngan atuk dia,jade dapat jd freelancer lukis komik…endingnya masing2 bahagia, trisy sambung belajar kat oversea n jade jadi pelukis komk yg berjaya.dia lukis komik rooftop rant, kisah dia dgn trisy n diorg kawin….

apa yg aku suka dgn citer ni….aku suka friendship diorg.cerita yg simple tapi olahan yg baik.walaupun aku ada gak skip baca part2 tazkirah tu(heheheeh).aku suka friendship macam tu…..cerita ni wat aku sedar apa yg kita nak tu kita yg mencorakkan dibantu gak dgn Yang Mha Esa..macam org kata,pisau dan mentimun kat tgn kita,pandai2 lah kita nak ukir or nak potong macam mana. persekitaran tu mempengaruhi…tapi pucuk pangkal tu kita jugak.apa je keputusan yg kita wat, kita juga yg terima. badan ni gak yg menanggung.org sekeliling akan mengata or memberi nasihat, tapi yg pegang tali nak kawal hidup tu kita jugak.kekadang tu kena ckp macam ni, “pedulilah apa org kata, dia tak tau apa yg kita rasa”.heheheehe kedengaran kejam..tapi kalo asyik nak fikir apa org kata, tak kemana pun hidup kita ni.tapi as long as apa yg kita buat tu di jalan allah lah.kalo ko duk serumah degn lelaki bukan muhrim , pastu jiran mengata…tak leh nak kata lah diorg tu salah ,mmg wajar lah jiran mengata.ye tak?

tapi  kekadang tu aku pkir gak kalo org mengata macam mana?

contoh macam kalo aku pakai tudung tak match dgn warna baju, nanti org lain kutuk macam mana.macam la ketakserasian warna baju n tudung tu leh wat org buta.hehehehhhe?hehehehe padahal takde effect apapun kat org tu.

apa pun macam…aku suka phrase ni yg kat dlm buku tu.

….live well or live hell..

…you choose….