ada apa dengan novel…

ada apa dengan novel??? takde apa.tapi aku suka baca novel.ada org kata, org yang suka baca novel ni org yg suka berangan dan ada banyak impian yg tak kesampaian.so, nak merealisasikan impian tu, dia baca novel supaya impian tercapai. betul ke??? itu kata org.kata aku pulak, novel ni menggembirakan. tu sebab aku memang anti dengan novel yg sad ending.anti gila la. mmg akan ku promosikan kt org lain supaya jgn baca. aku suka novel sebab aku suka baca novel.tak de kaitan dengan impian tak kesampaian ke apa….itu sahaja,aku suka.fullstop. noktah.

suatu masa dulu aku suka citer kawin paksa…bukan sebab aku nak dipaksa kawin.takde kaitan dengan realiti hidup aku.tapi citer2 mcm ni selalunya kelakar.tensen, tegang di awal n paling penting mmg akan happy ending.rasanya bukan aku sorag yg suka, ramai lagi. tak caye??? .g la buat survey,,,citer2 mcm ni mmg dapat sambutan.novel first yg aku beli jendela hati karya aisysa sofea.ni citer kawn paksa,huhuhuhuhu. skrg ni bukan la tak minat crita type macam ni tapi dah banyak sangat kat pasaran..

dulu aku mmg jarang beli novel.skrg ni aku selalu je beli pastu tak best.menyesal btul.tapi apa nak dikata.baca je lah. mungkin aku patut jadi macam kawan aku ..dek selalu sgt terbeli novel yg tak best, dia g beli novel2 best yg dia penah baca..mungkin aku patut jadi macam dia.

thn lepas, aku beli satu novel..Plain Jane.pembelian yg tanpa dirancang.tgk kat mph, selak2 sikit, dlam 5 minit berfkir terus beli.dan hasilnya memuaskan.nape aku suka citer ni….sebab dia citer org biasa2.lynn kata aku beli sebab aku rasa aku ni cam plain jane.ye ke??entah.aku beli sebab aku rasa best cite ni.heheheheh lupakan pasal aku.mari kita citer pasal citer ni. dia lari dari konsep kawin paksa.. tapi kelakar.citer ni pasal balkis, seorg pelajar u, berbadan agak gempal, dan kisah kehiduppan dia.dia suka baca pride n prejudice dan mengimpikan boyfriendnya macam Mr. Darcy(watak lelaki hensem dlm citer tu).then, akhirnya dia bercinta dgn sorg lelaki yg memang tahap romantik macam Mr. Darcy(aku tak pernah baca pride n prejudice, tak taula mcm mana sebenarnya Mr. Darcy tu, betukan aku kalo dia ni sbnarnya tak romantik),tapi bf dia sbnarnya sibuk nak ubah dia, mmg kaya gila, g bawa dia jmpa pakar diet, dia diet dgn mkn sayur saje, akhirnya dia kurus tapi dia hilang best fren, jadi org g mementingkan diri…mcm2 lagi la.pastu, lastnya dia clash.ada ke patut mr Darcy celup tu blh tak tahu nama penuh dia???tau nama dia Kis je.ooo sunguh tak ikhlas. sedangkan kawan pun kita tau nama penuh, ni nama awek pun tak tau.mmg selayaknya di tinggalkan.rupa2nya ada mamat lain yg minat dia…apis milo.dia couple dgn apis milo lastnya.

nape aku suka citer ni?sebab ini citer yg ikhlas dan jujur,pengolahan cerita yang mantap, bahasa yang santai tapi tersusun.pendek kata , tak serabut baca.mmg seronok untuk dibaca.aku dah bagi promosi percuma kat novel ni.huhuhuhu tapi kalo korang mengimpikan cerita yg ala2 samarinda, citer org2 kaya, citer pmpuan2 cantik dan lelaki yg hensem bergaya, ini bukan ceritanya.huhuhhuhu citer ni nampak simple tapi tersendiri.nampak kelakar tapi berisi.bukan lawak bodoh semata2.bahasa santai tapi penuh bermakna…dah macam penulis novel lak dah aku ni. tapi yg pastinya, lepas baca citer ni, aku terasa nak cari buku pride n prejudice lak.heheheheh

satu lagi novel aku ak citer ialah citer tunas.karya hlovate, terbitan jemari seni.cerita ni dengar citer ada kat blog penulis ni, tapi aku baca yg dah siap jual.lagi nikmat baca novel.memula aku ingat ni citer budak2, selalu jarang ada org yg tulis novel alam persekolahan dengan jayanya. tapi novel tunas ni aku mmg suka.sungguh berjaya,

untuk anda yg menggemari cerita tingkatan tiga di sekolah tengku ashikin atau penggal pertama di sekolah sri melor atau anak kembar encik harun, cerita ini mmg seharusnya anda baca.tu dia..aku dah wat promosi tuk novel ni. cerita pasal sekolah asrama dngan latarblkang masa sekitar thn 1998- 1999.dan amat bermakna jika anda berada di tingaktan empat atau lima sewaktu thn 1999.ye korang,,,,this is our story. dengan lawak2 zaman tu, cerita2 zaman tu, mmg rasa dekat di hati betul.aku siap ingat penulis novel ni budak sekolah aku lagi n gambar kelas kat cover tu gnbar bdk sekolah aku.siap nak g bongkar majaah sekolah nak tgkk kot2 sama ke tak, sampaila dikna kata sekolah dia pon ada pokok camtu gak hehehehehe. betapa terujanya aku,aku dah ingat pmpuan kt depan tu gmbar cik ayu.heheeheheh rerupanya bukan.

aku paling suka magnificient seven tu.best…..ada citer pasal mandi kat makmal kimia waktu takde air, ada citer fly, and part paling respek sekali ada penerangan pasal teori tgn kiri fleming, pengoksidaan, dan lain2 lagi sukatan pelajaran fizik n kimia.kalo buku ni ada dulu, mesti spm aku A1 da fizik tu.heheheheh

pendek kata,, tak terkata bestnya. tak terungkap dek kata-kata..

“malam ni bulan tak mengambang pun..”

“i’m Panah Arjuna…., i spread love”

“they don’t do relationship, but they do value friendship”

 

tu la antara ayat2 yg aku ingat…

kemudian dan2 la aku terminat gila kat lagu kopitiam, download lagu tu tanpa menyedari aku dah lama ada lagu tu.huhuhhhuh

kisah semalam ….sesuatu yg kekadang kita rasa pahit, tapi manis untuk dikenang….

sapa kata takde apa2 dengan novel???itulah yg membuatkan aku menulis shoutout”mengimbas kenangan itu indah”…..mmg indah kan????

One Response to “ada apa dengan novel…”

  1. dikna Says:

    ana yg ske hlovate dlu…n i’m the one who bought “tunas”
    ada org kte “tunas’ tu cte bdk2…hahaha

Leave a Reply