ramadan ini

Ramadan ini…..

Tahun ni Ramadan aku kat kulai…tahun lepas kat KL..tahun depan…tak tahu kat mana…..ikut la dimana ditakdirkan badan ini tercampak….tercampak???teruk betul ayat aku ni tak de bunga2lansung.

Tahun lepas..sehari sblm Ramadan kami kemas rumah.gila2 kemas cam nak raya lak.termasuk dengan operasi membuang barang tak guna kat dalam rumah tu, pastu makan besar tengah haari tu, daging masak apa ntah aku tak ngat nama dia. Lin beli perncah best kat member dia, pastu masak reramai..memang best.aku,lin,shu n fauziah. sampai malam kita makan kan????walaupun Ramadan tahun lepas banyak disambut dengan berbuka dengan air masak kat csc je, pastu melayan kerenah orang lapar..pastu dah semayang  baru makan betul2..

Tahun ni…biasa je, kat kulai..kat rumah sewa…beria2 gak kami makan.complete dengan kurma ayam n bubur kacang. Tu pun campur dengan kalian yang tak sempat masak sebab nak berbuka.berlebih2. tu lah, selera besar..makannya tak seberapa.

Last week balik umah jumpa Lan, tapi kejap je dia puasa kat sini pastu dah fly balik.jadi lah tu lan.merasa la puasa kat sini kejap.yang bestnya balik, sume ada kat umah..sahur pun mak masak best..yang tak bestnya, kejap je balik..dah kena balik sini balik. Pastu sume orang pun balik raya hari khamis. Sabtu dah raya..tak sempat nak wat kuih. Mak mesti beli punya. Kalo tak cukup nanti, goreng keropok je kalo orang datang umah raya nanti. Hehehehhe.

Penat la hari ni rasa tak bermaya…padahal aku bangun dah sahur tadi.nanti la sambung…..

Leave a Reply