tasik cini yang best….
Wednesday, April 25th, 2007hari tu aku g camping, lama dah gak, tapi baru ada masa nak tulis (macam busy sangat je)..31 mac 2007.
lama dah tak g camping .last pegi waktu 2nd year .sebelum tu waktu sekolah..aku suka g camping tapi kena ada toilet yang sempurna la,kecik2 dulu bleh la g terjun kat sungai takkan skrang pun nak terjun sungai lagi…
kami g jumaat malam, excited gak sebab aku tk pernah tengok tasik semulajadi, tasik um tu pernah la, tapi bas tu sejuk gila, menggugat tido betul, kalo nak tau, tahap sejuk dia kurang sikit je dari DKF (kat um dulu DKF ni sejuk gila, bak kata su sampai mengigit gigit tulang).
sampai kat tasik cini dekat pkul 6, gelap lagi tak nmpak la pemandangan tasik tu.bila dah terang nampak dah tasik. cantik..lain dari yang lain. pastu aktiviti seterusnya g jungle tracking.best gak. aku duk depan waktu tu, tetiba aku dengar orang menjerit, pastu sapa ntah kata kat aku, diorang nampak ulat tu.tapi jeritan tu makin kuat dan tahap frekuensi dan desibel dia makin tinggi, takkan la jumpa ulat sampai macam tu, pastu ada lak yang kata lari cepat.nampak mcm serius ni ,bukan ulat dah ni..cuak gak aku.rerupanya kena gigit penyengat .mangsa paling teruk ialah leong, kena g klinik PLKN.tapi dia masih nampak bersemangat sbab dia g tanya blh tak dia g kayak petang tu..huii bravo.dalam sakit2 masih ingat kayak. dah habis jungle tracking, nak balik ke khemah kami naik bot.tak pernah dalam hidup aku ni naik bot.best.nampak la betapa cantiknya tasik cini tu.
balik khemh ramai yang tdo, tapi walaupon penat aku tak leh tido sebab panas sangat. kalo korang nak tau, khemah tu sangat la panas waktu tengah hari, sebab kain dia tu ( aku rasa la) direka khas untuk memerangkap haba.macam bilik sauna.duk dalam tu memang berpeluh2, aku sampai sekarang tak faham macam mana la diorang blh tido kat dalam tu.aku pun g duk kat tempat khemah masak tu.walaupon bukn turn aku masak, tolong la apa yang patut, lagi rela tolong halau lalat dari duk dalam khemah petang tu aktiviti kayak. aku pernah kayak 3 kali je.first kat um dulu dengan Az waktu join explorace UM.dua2 tak pandai.memang kayak kitorang asyik berpusing2 je, tak sampai arah tujuan pun. 2nd time dgn ella, lagi best ,confident gila naik sorang2,ella naik kayak lain(dia memng terror pun.pernah g kursus kayak, n pernah berminat nak join regatta kayak).tapi sama gak ,aku berpusing2 je lebih ,yang lagi best ella dah nak naik atas tebing dah .tinggal aku terkial2 kat tengat tasik tu nak g tebing, asyik berpusing2 je.balik kolej.. tangan sakit gila.3rd time kat tasik UTM.waktu ni kelas subjek ko-K, Naik dengan gja.gja terror dari aku.dia la banyk ajar nak buat apa.kalo ikut aku,memang tersangkut kat tebing je la.. kayak kali ni penat gak tapi best.penat sebab waktu tu nak ujan, angin kuat, kena kayak menentang angin, tak tau la aku ni ke yang ringan sangat, asyik melayang je kayak tu, tak leh nak jalan lurus.sama macam yang lepas2 .aku pun kalut2 gak(memang kalut pun aku ni).kali ni asyik nak menuju ke pokok mengkuang je.pastu nak g langgar kayak orang lain. nasib baik partner kayak aku ni okay, dia la tolong brek bila nak langgar kayak orang. kalo ikut aku, dah terbalik dah kot kayak tu. kalo naik sorang dah terdampar kat tengah2 pokok mengkuang tu rasanya (tengh 2tasik tu ada beberapa kelompok pokok mengkuang laut). pastu bila 2nd grup nak kayak aku g join instructor tasik cini tu naik bot sambil tengokkan diorang naik kayak. cuba psiko ain sruh dia g kayak tapi tak berjaya.g sembang dgn abang bot tu, bru la aku tau kat tasik cini ada ikan toman.tak kenal pun ikan tu(aku mmg tak kenal ikan, ikan kembung aku tau la).dia tak bagi kocak air tasik dgn tangan nanti menarik perhatian ikan toman dan dia boleh gigit jari sampai putus.dia siap cerita umpan ikan toman ni ,anak ikan keli(rasanyala aku tak ingat sangat sebb aku tak minat pasal memancing).apa-apa je la bang oii… malam ada makan2 .sementara tunggu nak tido tu kitorang main teka peribahasa. mesti korang pernh main punya.cabut satu kertas, lakonkan dan suruh member segroup teka.aku rasa aksi paling best dilakonkan oleh shah.dia dapat biduk berlalu kiambang bertaut.tapi dia buat aksi lukis bulatan dengan jari dia dan bultan itu main lama makin besar(blh imagine tak).tak tau apa kaitan biduk dengan bulatan?.korang tak rasa kelakar sangat?..korang kena suruh shah lakonkan sekali lagi la.meh datang utm. aku citer kat sini memng tak real.tapi yang aku tak takkan lupa peribahasa dari wan suharti.member group kami buat aksi untuk "bagai api dalam sekam", dengan confidentnya wan boleh jawab "api yg marak jgn disimbah petrol".adoila wan,, mana ko dapat peribahasa semoden ini. malam tu sentri(berjaga malam).group aku dlm lebih kurang pukul 3 cam tu.kitorang menyanyi je pun sebenarnya.diringi petikan gitar oleh clery.(credit for him, best dia main)dia je pun yang main malam tu hehhehe.lepas tu tido dengan nyenyak.thanks to kain khemah yang memerangkap haba tu, kalo tak mesti aku tak lena tido sebab sejuk(dalam hutan malam malam mesti sejuk kan?). aku tak bawa selimut pun.hehheeh pagi tu ada abseiling and flying fox.dulu aku pernah g rock climbing kat um, waktu pesta konvo(tengah2 dataran pesta konvo tu dia letak satu dinding berbatu)g dengan Az.cnfident gila .pastu dah tengah2 dinding tu (dah naik separuh dinding dah waktu tu)rasa takut lak .g cakap dengan instructor nk turun tapi dia suruh aku naik gak sampai atas.buat kena gelak dengan member2 aku yang tak naik je(at least aku dah pernah g rock climbing, korang pernah ke?) melalut lak, berbalik pada tasik cini..sungguh bersemanagt nak naik atas tu waktu abseiling ,dah sampai atas takut lak sebab bila tengok atas baru rasa tinggi.tapi aku tak cakap la aku nak turun. buat kena gelak je nanti dgn insructor tu.akhirnya berjaya gak….best rasanya bila dah jejak kaki kat tnah.pastu flying fox. tpi ni tak setinngi kat meru waktu btn dulu, kat meru lagi tinggi. tapi taku gak sebab dia tak cam lain skit.kat meru dulu tali dia menjunam je, takda sangat risiko tersangkut.tapi yang ni ada satu takat tu tali dia naik balik.macam bentuk V la.takut gak tersngkut kat tengah tu sebab aku ni dah la ringan.aku siap g tanya kat abg bot tu (waktu naik bot semalamtu), boleh tak aku g flying fox tnpa tersangkut kat tengah2 tali.heheeh yang paling best aku berjaya psiko leha supaya buat flying fox dan abseiling…kejayaan besar tu sebab dia tak nak memula tu. petang tu lak g bersiar2 naik bot kat tasik cini. bebudak ni kta persediaan n latihan kalo kena g hantar pedalaman serawak yang kena naik bot, nanti tak kekok lagi..hmm ada ada je korang ni.best gak . g melawat kampung orang asli..amik gambar dengan anak org asli pastu dia nangis .tak tau la sapa cubit dia.hehhheehhe dia takut kot dgn orang ramai2 g serbu kamoung dia. bebudak laki ramai g menyumpit.leong pun(yang kena penyengat tu) pun cuba nasib gak tapi tak keluar2 anak panah sumpit tu kena tiup kuat sikit baru keluar. tapi aku tak cuba pun sumpit tu, leka tengok diorang ni . sebelum balik tu aku sempat amik gambar atas titi sorang2 tapi ingat nak amik yang view background tasik tapi tak sempat, amik yang biasa jer.blh imagine canmer tak?, mcm satu scene dalam muhsin tu tapi versi orked yang berseorangan huhuhuhuhu mengarut lak. lepas abis bergambar ramai2 dengan banner(penting banner ni ,buat bukti), kitorang pun bertolak balik. sampai kolej pkul 12 lebih. lepas2 ni dah kerja, mesti takkan segila2 ni, sumer pun nak membina keluarga(diorang la bukan aku..), jadi mak bapak orang..(aku dengar ramai member yang nak kawin tahun depan), so,
kesimpulannya aku memang sangat sangat suka camping kali ni….memng enjoy gila, tak der sapa yang nak jerit2 tiup2 wisel suruh cepat. atau kena berkawad tengah2 mlam sebab bising dalam khemah(aku kena denda waktu darjah 5 dlu, dah duduk satu khemah sumernya suka bersembang)…
kiranya camping kali ni dapat anugerah yang paling best dalam hidup aku….setakat ni la.
…. enjoy every single moment….live life to the fullest…bye