Archive for February, 2007

buat yang dirindui

Sunday, February 4th, 2007

pernah dengar tak pepatah ,tempat jatuh lagi dikenang ini pulak tempat bermanja.selama ni aku memang tak ambik kisah sangat la ayat ni tapi sejak 2.3 minggu ni rasa rindu gila…rindu yang buat aku tak kisah duk library ni menaip blog dan mengorbankan waktu tidur petang aku ditambah lagi sanggup balik kolej n tunggu bas sorang2 sebab aku dah suruh roommate aku balik dulu tadi.apa yang aku rindu sangat ni……..

Lenguh Rahang

Istilah ni berasal dari kawan aku kat UM dulu, satu keadaan di mana seorang yang selalu bersembang mengalami keadaan tak der orang nak layan dia bercakap.selalu terjadi bila korang sorang2 je amik kelas tu, pastu takde gang..selalu terjadi kat aku gak.

contoh ayat: aku lenguh rahang kat kelas tu tadi, tak de kenal sapa2  pun.sumer budak 1st year.

Korang tak faham

satu frasa yang selalu digunakan untuk buat luahan perasaan. sama gak keadaan di mana korang je yang mengalami keadaan tu, membuatkan orang lain hanya mampu mendengar tanpa mengomen.jadi di hujung luahan tu, ada lah ayat ni.

contoh ayat: aku tensen gila ni,susah tau test tadi,sume soalan tak dapat buat,ko tak amik atom molekul sem ni..ko tak faham …

tapi orang tertentu je yang faham ayat ni, kalo orang lain dia akan rasa kecikhati dan marah sebab kita anngap dia tak memahami perasaan kita.sebebnarnya bukan macam tu ,ia satu manifestasi kesedihan hati yang tak terkira.tu laa…korang tak faham

ayat atas ni su selalu buat, tapi aku memang tak faham sebab dia masih score atom molekul..yang ni kes terpencil..aku memang tak faham dgan ko su..hehhehhe

buat korang sumer…semoga berbhagia dengan hidup sekarang ..dah lost contact sumenya..aku masih ada..hidup dengan sihatnya n maintain comel macam dulu

abang peterpan

ni merujuk kepada seorang abang penjual burger kat bawah vista tu, sebelah lori charkuew teow.best gila burger ni…tak terkata,aku rasa sampai hari ni aku tak jumpa lagi burger best macam ni.dah tercampak jauh kat sini, ari tu makan burger, tak best  terus rasa rindu kat abang peterpan.nak makan burger best…apsal kitorang panggil dia macam ni, muka dia sebijik gila dengan sorang ahli group peterpan tu.betul.kak bai pun minat dia huhuhuhu..selalu ayat kak bai "zura, sapa buat burger malam ni?, abang peterpan ke??"

What Women Want

cerita ni cerita wajib kat vista dulu,nanti ririn akan mengingat kan sumer orang adanya what women want malam ni, aku suka tengok tom dulu,tapi dah kuar dah,aku ,lin ,shu,ririn akan tengok dan seronoknya menggelakkan diorang.gelak gila gila sampai esoknya rumah masukpencuri..tu lah..suka sangat malam tadi..

Pillow Talk

aktiviti di bilik bersama kak bai dan roommate.bersmbang pasal pelbagai benda sampai la bennda mengarut.paling mengarut ,ikat cincin emas dengan rambut pastu kira dentingan kat gelas….satu lagi tulis nama atas tisu jalin2kan tisu tu tengok bersambung ke tak…sungguh mengarut,nak kira apa…biarlah rahsia.aku rasa ramai yang tau …kan??oohh ni tak der kaitan dengan amalan2 khurafat yer,,kang korang ingat aku main bomoh lak..

CSC pizza

percaya tak kekadang rindu nak dengar ayat ni

"azura,sampai pukul 10.30 malam ni,blh?" atau

"zura,amik order restoren" atau

"saya adi dari pizza hut sungai petani, nak bagi order customer" atau

nak menuturkan ayat ni

"thank u for choosing pizza hut, azura speaking" atau

"tak boleh lah,saya takder kawan nak balik malam ni kalo balik pukul10.30" atau

banyak lagi……

tapi yang paling penting sekali

kak bai

original massage dari kak bai.. heeehh rindu awak, sunyi je tak de orang membebel .awie baru pindah umah ni jenuh adjust tido sebab dia bawa tilam gedabak.ni yang membuatkan saya berkobar2 nak menulis ni kak bai..

ada gak yang rindu kat aku,ye …rindu gak kat korang sumer, nak mengomel2,membebel,bersembang bergelak ketawa tengok iklan hotlink..(apa..belum kahwin lagi…)iklan ni mesti ramai yang suka kan..aku suka gila iklan ni siaphafal lagi ayat dia hehehheh

buat kak bai…selamat bertugas di sabah dengan jayanya,kumpul elaun banyak2,pastu pindah la ke semenanjung, mengikut suami kekkekkekekke.kalau dia orang semenanjung la,kalau kahwin jemput ye..kalo ada rezeki, saya datang la akak kahwin nanti..ni dah interframe banyak dah ni.tak nak komen ke??

bye…..

surau

Sunday, February 4th, 2007

bebaru ni aku g surau midvalley..dah lama sebenarnya tak g surau dia ,sebab dah lama tak berjalan2 tanpa arah tujuan lama2 cam gitu..selalu pun g surau Jusco.tak taupun dah pindah tempat baru surau tu, kalo tak mau aku mengamuk cari surau midvalley tak jumpa.

surau Jusco kecik, so aku decide nak g surau kat bawah yang luas tu, selesa sikit,dahla hari sabtu ramai orang,surau baru katakan…. aku imagine mesti luas lagi.

pastu ,apa yang aku nampak??satu barisan yang panjang untuk masuk ke surau, nak semayang pun kena beratur ke?.aku pun pikir sebab ni peak hours kot (waktu tu pukul 2.30 camtu).g jalan lagi lah..aku datang balik, dalam pkul 3 lebih ,masih panjang lagi…ohh tidak .imagine la untuk semayang zohor tu, aku beratur 2 kali.first untuk masuk sebab pintu dia kecik,kira beratur masuk & untuk amik air semayang sekali lah,pastu beratur untuk semayang sebab tak cukup telekung.dalam dewan semayang tu pun penuh sesak dengan orang.tu baru zuhur, aku tak tau kalo maghrib and bulan puasa camner,tu baru hari biasa aku tak leh bayang kalo mega sale nanti camner.ikut pengalaman …lagi hebat kesesakan orang kat midvaley tu.

aku bukan la merungut ,sebab kena beratur untuk semayang….orang dulu blh g berperang g berjihad kita ni nak semayang pun merungut .mesti ada yang kata camtu kan??takder??tipulah ….tapi aku nak cakap pasal reka bentuk surau ni.mungkin selama ni yang bina surau tu selalunya lelaki , dia tak berapa faham keperluan surau pompuan camner.

aku rasa saiz surau kena ngam dengan saiz shopping kompleks tu n tahap kesesakan orang kat dalam tu,macam surau mid yang dulu tu dah okey dah.tapi kalo surau Sogo…aduhai…sedih je tengok.untuk kaum adam yang tak tau,Sogo dan kawasan sekitarnya(termasuklah jln tunku abdrahman) ni adalah syurga beli belah kaum wanita.tak caya..cuba lah g sogo hari ahad waktu mega sale,pegi dalam petang lepas pkul 12 ha…..mesti korang serik,taknak masuk dah,nak memilih pun susah tapi bagi orang pompuan semua tu sanggup diredah janji dapat harga yang paling murah sekali.so, apasalahnya buat surau yang selesa skit, aku rasa mesti diorang sanggup menghabiskan waktu zuhur sampai ke isyak kat situ ,heheheheh.

pasal lantai, tak payah pasang carpet,letak je tiles biasa,tapi sediakan sejadah banyak2.janagn letak simen biasa lak nanti kaki pecah pecah hehheeh.bukan apa, bila carpet dia cepat berbau tak sedap. sebab orang lepas amik semayang dengan kaki yang basah akan memijak carpet,jadi kalo sorang yang lalu okey,kalo 50orang yang lalu, boleh lecah jadinya.ditambah keadaan yang tertutup ntah bila dia nak kering.kalo tiles,senang nak bersihkan ,boleh mop dengan fabuloso, mesti wangi.

pasal tempat wuduk ..sediakan paip yang bamyak.macam kat mid ,tempat dia luas tapi paip ada tiga je,tapipaip cantik la,melingkar2.takde maknanya.lebih bermakna buat paip biasa tapi banyak.ramai orang boleh guna takyah nak beratur..

satu lagi, dekat tempat wuduk tu sediakan penyangkut.pompuan ni selalunya bawa handbag,mesti dia taknak handbag dia letak kat bawah nanti kena air,basah.kalo dia tak pakai handbag pun, mesti nak sangkut tudung dia, kalo letak kat bahu jer nanti tudung komot, susah nak bentuk bila nak pakai balik.

telekung…aku rasa kena ada orang yang jaga telekung ni, setiap minggu mesti kutip telekung tu, basuh dan gantikan dgn yang baru, bukan susah pun campak dalam mesin letak sabun n soflan ke apa ke bagi wangi.kalo telekung yang koyak tu di jahit.sebab nya telekong tu dipakai ramai orang setiap hari, takyah nak belek2 kotor ke tak, basuh je…logiknya memang kena basuh..memang la bukan najis, tapi best ke telekong yang ada sisa sisa compact powder kat bahagian muka tu, mesti tak best kan walaupon yang lain nya bersih.kalau kita boleh buat cleaner cuci toilet 2 jam sekali,apa salahnya buat yang sama kat surau plak.surau pun bukannya sekotor toilet.

cermin….ni satu, takyah letak cermin memanjang ke bawah, letak cermin paras pinggang je.tapi biar melintang,ramai boleh guna.kalau ke bawah,sorang je yang nampak,orang lain beratur kadang tu sampai terlanggar orang yang tengah semayang. kalau nak lagi best letak cermin tu jauh sikit dr tempat semayang ,buat ruang khas untuk bermekap,buat macam powder room yang selalu ada kat toilet jusco tu.jadi takdela oarng semyang sambil mendengar rungutan orang pasal tudung tak dapat bentuk, harga tudung batu batu termurah atau fesyen tudung bawal terkini dari jalan tar.

untuk tambahan,letak gak bangku kat luar surau tu,pompuan ni selalunya bershopping beramai2,senag dia nak tunggu kawan dia ,takyah duk dalam,buat susah orang lain nak semayang.tapi ni ramai surau dah buat..kat mid pun ada, jusco pun ada .

panjang aku membebel kali ni.mungkin ada surau yang  best,dengar cite suria klcc punya surau best, tapi tak sure, jarang g sana.tapi harapnya kalau kalau la korag ada dapat job suruh design surau,atau luluskan pelan shopping kompleks ke,tengoklah surau dia gak..

macam aku kata tadi, kalau toilet yang busuk tu pun boleh di jaga baik dan bersih apatah lagi surau yang kita guna untuk menghadap yang maha Esa…renungkanlah.