aku dan novel…
Thursday, January 18th, 2007aku baru baca satu novel ni..publisher alaf 21, penulis baru ,tak berapa ingat sangat namanya….
kali ni aku nak mengulas novel lak.novel ni biasa jer, bak kata housemate aku macam cerita cerpen kat majalah remaja…cerita biasa tapi dengan olahan watak yangmenarik.pasal kawan baik yang bertukar jadi kekasih akhirnya.actually not really a lover, tapi at the end they get married and live happily ever after( ecewah …cam ayat cerita fairy tale lak).tapi aku tertarik pasal watak hero dia, best ,charming in his own way..
ada sense of humor tapi bukan buat lawak bodoh,
caring tapi tak menyibuk,
a good listener tapi bukan pendiam sangat,
beragama tapi tak skema
apa lagi yekkkkk ?hmm ..ada kereta waja warna merah cili …kukuikuikuii… ni pon aku ingat kan?
takdelah ,aku suka dengan cara penulis tu mengembangkan watak tu, membuatkan kita rasa dia charming(ini kualiti lelaki yang dicari2 orang … bak kata kawan aku ,bukan aku yang kata)
kita yang baca ni pon rasa macam logik, tak macam stengah cerita tu…rasa macam meluat bila lelaki tu digambarkan perfect sangat,hensem,kaya,jadi gilaaan sumer pompuan…sorry guys…aku bukan kata orang hensem tu tak bagus, cuma kalo dalam novel keterlaluan sangat.aku bukan boikot orang kaya.ni dalam novel je…kalo orang kaya baca ni jangan terasa lak,
memula dulu memang best tapi sekarang ni rasa macam dah bosan lak…asyik2 macamtu jer lah ceritanya..sebab umur aku ni dah meningkat kot(hehheh macam aku ni dah bongkok tiga lak bunyinya)
berbalik pada cerita tadi,punya lah aku suka sampai Lin dah tak larat nak dengar…Lin, aku nasihatkan ko jgn baca post ni yer…..luahan perasaan aku memang tak bertepi.tapi yang peliknya orang lain kata biasa jer..aku lak yang lebih lebih.aku sorang jer kot yang suka,
pembinaan karakter watak ni cukup berjaya,watak heroin tu pun, macam real lah…cuma watak jahat dia, ya ampun….. memang tahap rika sumanto & siska punya jahat, bayang lah dari belajar sampai dah bekerja dah berkahwin pon nak menyusahkan orang lagi ….pulak tu memang berjodoh lak tu nak jumpa heroin ni balik even dah terpisah lama .punya la berkesan watak ni sampai member aku campak buku ni dek sakit ati benor dengan yang jahat tu.
tapi aku rasa ni kisah benar penulis ni kot, kalo tak 100%, adalah dalam 70% sebab rasa macam real jer,
pastu ada dedication kat belakang buku tu untuk kawan dia nama sebijik nama hero tu, cerita dia agaknya..(sampai belakang novel pun aku baca, kalo buku pelajaran macam ni, aku dah dapat dean list tiap sem)
tapi kesimpulan yang aku dapat, there’s no friendship in boy-girl relationship( betul ke ayat aku ni??)maksudnya jarang la lelaki & pompuan boleh sekadar bersahabat baik…lama2 mesti ada perasaan lain yang menguasai punya, cuma sama ada kita nak menerima perasaan tu,menolaknya atau membiarkannya sahaja, bak kata ayat dalam kuch kuch hota hei..love is friendship..kita membina persahabatan dulu, baru lah timbul sayang.itu secara teori lah , tapi ada gak yang jatuh cinta pandang pertama..itu ikut jodohlah…
tetiba lak bicara pasal cinta. hu huhuhu, boleh tahan gak jiwang post kali ni…mesti korang tertanya tanya kan novel yang mana?….yang ada ayat ni
Azalan.EZA @ pantailido.com.my
carilah dalam setiap page sumer novel melayu kat mph tu hhehhe