tas merah jambu

September 5th, 2009 by azzuera

baru baru ni aku beli novel kebun mimpi. publisher jemari seni.kebun mimpi ni ada 3 cerita. kebun mimpi-noor suraya, tas merah jambu-syud dan albatros-rnysa.antara 3 cerita ni ..aku suka cerita tas merah jambu.cerita kebun mimpi tu sambungan keranamu ain.sesapa yang pernah baca novel Keranamu Ain -karya penulis ni gak, publisher creative enterprise, ni lah sambungannnya.last citer keranamu ain ni, pasal ain yang menolak cinta haris(yg minat gila kat dia), n terima Adam tapi pun dia mmg suka kat Adam ni.Haris kawin dengan Zura, tapi masih teringat2 kat ain sampai anak pun di bagi nama Ain.kebun mimpi ni sambungannya lah. Ada citer Ain-Adam, Haris-Zura, pastu ada ntah sapa2 lagi dalam karya penulis ni di himpun2kan dalam satu. tapi aku cuma baca Keranamu Ain, jadi aku recognize watak 2 pasangan ni je lah.best la gak….

satu lagi albatros- citer ni berat, so, aku selak2 je, mungkin ada yang suka, tapi aku ni pemalas nak baca, so, tak baca betul2 lagi lah.

Tas merah jambu.

citer ni aku paling suka.ni sinopsis aku amik dari web Jemari Seni

Gara-gara sekeping kad raya yang ada gambar seekor kucing putih gebu, hidup Nisa tak keruan dibuat dek Anna, Lin dan Nini. Sementara kawan-kawan si penerima kad misteri itu, sedang menyenaraikan suspek: siapakah peminat rahsia Adif? Aiman terus menyiasat, Adif pula jadi resah gelisah.

sebenarnya Nisa ni minat kat Adif, tapi minat dari jauhlah, pastu dia pernah beli kad raya…konon2 nak bagi kat Adif, tapi tak pernahnya bagi kat Adif ni.dia ada 3 org kawan yang beria-ia lak yang memberi information pasal Adif ni.sampai la satu hari tu diorg wat keje gila g hantar kat raya tu kat Adif tanpa pengetahuan Nisa. dengan coretan beg pink n no telefon Nisa.

pastu Aiman, kawan Adif pun start la jadi penyiasat, menyiasat sapa la beg pink ni.ada buku nota lagi okey tulis nama-nama suspek..

adif ni lak suke kat nisa. tapi tak cakap la.dia start kenal nisa waktu nampak nisa cakap dengan kawan dia, Zaki.pastu kejenya meng’usha’ Nisa.

pastu tengah nak mengatur strategi ni, muncul lak zafran, Zafran ni Nisa kenal kat shopping kompleks, sebab dia terambil tudung Nisa. dia suka dengan Nisa.

waktu ni la Adif  patah hati, ingatkan Zafran boyfren Nisa, padahal Nisa tak nak pun Zafran ni. 

dengan dibantu kawan2 yang caring and gila2, dan lagu Selembut Awan-Katon Bagaskara, akhirnya Adif  berjaya meluahkan perasaannya dan diterima dengan sweetnya oleh nisa.Ending yang sungguh manis.

banyak yang aku suka citer ni, pada aku, cerita ni dikembangkan dengan cukup baik.tapi dalam gaya yang santai n bersahaja n penuh kelogikan. cara Adif kenal Nisa pun digarap dengan baik. kebetulan-kebetulan yang sangat sweet. Adif tumpangkan Nisa, Adif meng’usha’ Nisa kat cafe, Nisa control bila Adif lalu, kawan2 Nisa yang gila, Kawan2 Adif yang kelakar, tapi caring..banyak lagi lah.

part paling aku suka..yang mana ye?part nyanyi lagu katon bagaskara kot.hehheehe.cool la scene tu.tak tau la nape aku suka, sebab lagu selembut awan ke(aku mmg suka lagu ni b4 baca buku ni lagi, start dari lagu ni jadi lagu tema untuk citer indon yg ari wibowo ke berlakon tu) or sebab adif main gitar, or sebab scene tu nampak cool, tulus dan ikhlas..dan romantik dalam kelas yang tersendiri.hehehhehe mmg tafsiran romantik aku tak sama dengan org lain….pendek kata aku suka la.

apa lagi yang aku suka.citer ni kelakar.aku suka citer kelakar.sweet tapi berisi.bukan kelakar gelak suka-suki takde hala tuju. nampak ringan tapi ada sesuatu.

lagi..citer ni mengisahkan friendship yang best.membacanya menbuatkan kita terasa kembali ke zaman belajar yang manis itu.kalaupun perjalanan kita tak sama sebiji  dengan cerita tu, tapi adala tempias sikit2.kalau tak cerita kita,cerita org lain di sekeliling kita. membacanya mebuat kan kita teringat n berkata sendiri dalam hati.

“dulu ali(bukan nama sebenar) pun suka gak kat minah(bukan nama sebenar), minat2 macam ni la…tapi lambat sangat, melepas.kawin dah minah.dah ada 2 org anak dah”

atau

“ayat ni..macam ayat siti selalu sebut la”

atau

”aku dulu pun jalan kaki gak….mmg penat tapi takde lak org tumpangkan macam adif ni’

atau

“Aiman kat cite ni macam kawan aku lak.apa la khabar dia sekarang?”

ni sume contoh2 ayat la yang mungkin berdetik dalam hati bila baca citer ni.

entahla mungkin aku yg emosi, suka sangat mengenang nostalgia lama.

pendek kata, aku mmg suka la citer ni. moral of the story..kalo suka jangan pendam, luahkan apa yg anda rasa. tapi sebenarnya bercakap tu senang, tapi bila realiti tak sama dengan apa yang dicakapkan.

adif main gitar mmg nampak sweet, tapi tak sumer yg main gitar tu nampak sweet kan?

huhuhuhhu best la cter ni.suka la

aku mmg suka citer Syud. dulu cerita tentang dhiya pun aku suka , pada aku syud ni pandai mengolah kehidupan zamn belajar kat U dengan sangat berjaya tanpa adegan yang over, or pompuan menjerit2, tergedik2.dalam karya Syud, pompuan yg dicipta tu pun tak la terhegeh2 sangat, dan menerapkan persahabatan yang akrab dan ihlas dan paling penting adegan lucu yang dicipta mmg menjadi. mmg gelak dan terasa macam realiti. tak plastik sangat. ,tak banyak org yang berjaya wat org tertawa dengan penuh rela n penuh riang. skrg ni aku suka baca teja aulia kat blog syud.tapi rasanya macamnak publish jadi novel kot, takde entry baru dah. tu je la satu kalo novl online bersiri.baru nak feel2 sikit, dah disambar penerbit novel, tak de dah entry baru, kena beli novel lak. tapi ye la karya yang bagus layak dapt pengiktirafan n ganjaran. panat2 tulis,kalo publish dapat gak la income, kalo kat nternet, pembaca2 pemalas nak beli buku macam aku je la yang baca, camner la nak maju?, kan

apa pun aku ucapkan tahniah lah kat penulis ni, macam dia baca je blog ni.cerita awak ni mmg sweet la.

Bookmark and Share

Laughter is the best medicine

August 2nd, 2009 by azzuera

kisah 1

rumah sewa aku ni mempunyai satu masalah besar yang dialami sejak lebih setahun lepas.kipas di ruang tamu yang sangat sangat lah slownya tahap dewa walaupun dah dipusing ke nombor 5.disebabkan tak tahan panas, di tambah pula msim panas gila skrg ni, kami pun g la mengadu kat tuan rumah waktu dia dtg bulan lepas kutip sewa.yg tukang cakap ialah aku.selepas mengadu serba sedikit, tuan rumah masuk pusing kipas tu ke nombor 1….guess what happened?

kipas tu menderu2laju, sampai kan habuk2 terbang2 semua.aghhhhh…..betapa tensennya aku, n malunya aku dgn tuan umah tu.

rupa2 nya, kipas tu terbalik, 5 tu macam 1, 1 tu macam 5.tahun lepas aku pernah terpikir, tapi tak pernah lak ringan tangan nak putar2 dia. ada sapa ntah pernah pusing sampai no 3 je, tak nampak la kesannya sangat.rasa macam kena main, kena tipu.lebih sakit hati kena tipu dengan kipas….benda lemah lagi tak bernyawa.waktu tu aku kira, genap setahun 6 bulan 23 hari kitorg kena tipu dengan kipas tu.

jadi, moral of the story….jangan percaya dengan apa yg anda nampak..satu tak semestiya lima, lima tak semestinya satu…

p/s: buat kwn2 umah sewa thn lepas yg dah transfer, alia n nor, aku dedicate post ni kat korang…heheheheh

kisah 2

aku mmg suka mencuba. hari tu aku g sing kwong.sing kwong ni adalah supermarket berdekatan umah aku. di sana, tetiba aku nampak perangkap tikus..yg jenis sepit tu. yg selalu ada alam citer Tom & Jerry.yang selalu tersepit kat tgn Tom tu.

aku yg curious ni, g dekat2 dgn benda tu,sambil berfikir2 kat mana la tikus ni kang tersepit.belah kanan ke kiri.sambil tangan aku bergerak ke arah kanan n kiri.pastu the next thing yang aku tau, perangkap tu kena kat jari aku, melantun n jatuh ke lantai.

sekaligus menarik perhatian sorg pekerja kat situ n kwan2 aku.nasib tak ada org.pekerja tu pun tak nampak apa yg jatuh, dia cuma terkejut dengar bunyi benda jatuh je.hehehhhe

nasib la aku sempat tarik tangan, so besi tu melantun je kat tangan aku, bukan menyepit tangan aku ni. kalo tak, blh putus kot.sebab lepas tu aku rasa sengal2 n sakit sikit kat tangan.lama2 baru ilang.

ayu n hanis tak putus2 gelakkan aku. hanis siap kata kalo betul2 tersepit, dia nak gelak puas2 dulu baru datang tolong aku..tak baik betul.

moral of the story: curiosity kills the cat. nasib baik aku bukan kucing, kalo kucing lama dah mati

******************************************************************************

saja je tulis citer2 ni.untuk gelak2.nanti bila dah tua, blh baca balik sambil gelak2.kan laughter is the best medicine?,,,hehehehe

Bookmark and Share

komik oh komik

July 4th, 2009 by azzuera

habis pasal buku rooftop rant…buku ni wat aku teringat pada era kebangkitan komik..aku start baca komik dalam majalah gila-gila n gelihati. aku lagi suka Gila-Gila.waktu tu aku sekolah rendah lagi, majalah ni aku selalu baca kat umah wan.(aku panggil nenek aku, wan).ntah sapa ntah yg beli, makcik n pakcik aku kot, pastilah bukan wan yg beli.dalam Gila-Gila cerita yg aku suka  cerita 3 Dara Pingitan, Aku Budak Minang n ruangan Profesor Serba Tau.

3 dara pinigtan ni crita pasal esah, awa n noi.diorg ni duk kat kg, menoreh getah,diorg kawan dgn jai(jai ni lelaki).cerita biasa2 lak, tapi kelakar.pasal diorg ..awa wat bisnes jahit baju raya,smpai tak dpt siapakn tempahan org.pasal esah yg bakar kuih raya sampai hangit, nak terbakar rumah,pasal jai yg bukak kedai runcit, tapi tak berjaya sebab dia baik hati sgt bagi org utang sampai rugi.nak nak kalo pompuan cantik, beli kelapa parut setengah biji pun dia blh g tolong hantar kelapa tu kat rumah.hehehehehhe

aku budak minang pun aku suka.pelukis dia Ujang.cerita pasal Ujang yg dudk dgn atuk dia kat kampung n adik dia yg tak berapa betul sgt.Nama adik dia Aca.dia ada awek nama Anor. Anor ni belaja kat oversea rasanya lah(part anor ni aku tak ingat dah).aku tak ingat da apa ending citer aku budak minang ni…entah ada ending entah tidak sbb tak lama lepas tu aku tak layan dah gila2 ni.tapi ada sekali dulu Lan beli satu komik penuh dgn koleksi ujang…ada la.tapi cam kabur2 sbb waktu tu aku kecik gak lagi.tak ingat sangat.

citer aku budak minang ni pada aku la novel komik bersiri (ada ke istilah ni?memandai je buat)first yg aku baca.komik bersiri yg jalan ceritanya cerita tentang life,yg tak la lawak sgt..tapi ada la kisahnya n  agak panjang .yang citer dari hati.ntahlah cmner nak cakap.cukupla kot kalo aku sorg je yg faham.

bila aku dah besar skit masuk sekolah menengah aku perasan satu zaman kebangkitan majalah Ujang.rasanya sumer org tau majalah ujang waktu tu.kartun2banyak yg best n cantik.aku suka apa ye?aku suka Ubi lukis..comel.citer  Budak Hostel.pastu aku suka kartun satu page gak macam Erin n Heris.diorg ni couple, cantik kartun ni .selalunya berwarna n warna dia tu kabur2 terang, cm kaler dgn water colour, cantik.aku suka gak Honey n Aceh.couple ni lak awek dia anti gila dgn kerang….aku suka Mat Despatch.dia  ni keje despatch.lurus skit, n selalu minta rm2 kat org.apa lagi ye yang aku suka..aku suka novel komik..aku hidup dalam blues.btul ke tajuk dia?camtu la lebih kurang..pasal laki ni apa ntah nama dia Yon ke? dengan satu p’puan ni dia minat nama Jessica.tapi sama cm Aku Budak Minang tu ..aku pun tak tau apa ending citer tu…

waktu tu gak kat tgh2 majalah ujang tu akan ada poster yg dilukis cantik2 n ada kata2 yg best, kekadang org amik wat balut buku or fail.tak lama lepas tu ada lak komik aku hidup dalam blues(aku dah ingat2 lupa namanya).komik ni ada lukisan yg cantik n kebanyakannnya citer novel komik macam citer jessica tu. kat sini aku suka citer aku, dia dan volkswagen n In.aku pula lak pasal In tu.ye ke nama citer tu In. citer pasal bdk tomboy.dua2 Ubi yg lukis.

tak lama lepas tu aku pun dah tak layan Ujang,ada sekali tu aku terbca Ujang n dah tak sama perasaan macm aku baca dulu-dulu.masa berubah…mungkin selera aku yg berubah.tak tau lah.

tapi aku teringin nak tau ending citer Jessica tu, Volkswagen n In.

takde apa ulasan pun pasal komik tu.cuma aku selalu mengkagumi lukisan2 dalam komik ni.cantik.tak senang nak pikir cerita n gambar. cuma sekarang ni banyak dah komik.kalo dulu komik yg glamer ialah komik lawan2 macam pedang setiawan, satria, ke apa ntah namanya. pastu ada la zaman dragon ball. pastu ada sailormoon, doraemon, n seterusnya.sekarang ni  komik ni berkembang macam2 stail ada, yg romantik, yg seram…tak macam dulu.komik ni untuk budak2 n citer mesti kelakar, tapi sekarang ni benda sedih pun blh jadi komik.

kalo lah ada org kata komik ni tuk budak2, aku tak setuju. sebab aku baca penyiasat remaja sampai sekarang.dan  aku (dan adik beradik ku..kena bagi kredit gak kat diorg sbb ada diorg beli )mengumpul  Sekolah Detektif Q dari siri 1 sampai 22.best apa.pada aku suka ati lah apa yg kita nak baca apa..selagi menggembirakan hati n tak menyusahkan hidup org lain. tapi aku suka komik-komik ni je.doraemon(dulu la), sekolah detektif Q n hajme kindaichi.conan biasa2 je.tak layan sgt.

habis dah pasal komik..cam best lak citer pasal ni.heheheheh nanti-nanti sambung lagi.

Bookmark and Share

rooftop rant

July 4th, 2009 by azzuera

hari tu balik rumah..aku baca rooftop rant karya hlovte.aku jenis yg selak2 buku b4 baca, sbb pada aku baru ada feel nak baca betul2.tapi tak tau hampir seminggu lebih aku rasa macam takde mood.sampai la hari khamis aku baca..sebab nak mengelak dari menanda kertas..konon2 amik mood nak tanda kertas, pastu terlekat terus.hehehehhee

cerita ni pasal trisy and jade..sinopsis kat blkang tak berguna sangat la..tak tau sgt pun citer pasal apa.mungkin penulis tu nak bg org surprise kot.baru la org nak baca.

cerita ni pasal trsisy yg hidup dalam kesepian sbb famili dia tak hiraukan dia,mak ayah yang kaya tapi tak nak amik peduli pada anak2.sibuk dgn golf n meeting persatuan.trisy anak bongsu,abang n kakak pun tak amik peduli.

jade lak(aku suka nama jade ni,unik n cool, secool watak tu), suka lukis komik.tapi mak n ayah dia tak suka sgt sbb rasa bidang tu tak menjamin masa depan. dia amik mass comm, tapi dalam masa yg sama dia saja suka2 lukis komik, kekadang hantar kat magazine.

diorg ni suka dudk kat atas bumbung wisma topaz.tapi masing2 wat hal sendiri.trisy termenung, jade lukis komik, tak pernah pun diorg bercakap, sampaila tetiba satu hari trisy ni pengsan, jade tlg hantar kat hospital.sejak tu diorg jd kawan,tapi kawan yg betul2 kawan, bukan yg ada double meaning, kawan untuk kawin ke apa.

kawan yg ada life masing2, yg tak interfere life masing2, tapi ada bonding yg sukar dimengertikan.bonding yg wat trisy menerima jade dgn sekali lamaran, lamaran yg tak romantik tu berbanding dgn lamaran lekiu yg dah meminati dia sampai 2 tahun.

masing2 menjadikan bumbung atas wisma topaz tu tempat melarikan diri.trisy lari dari masalah family n masalah jiwa yg sepi, jade lari dari masalah famili tak blh terima minat melukis dia.. waktu tu la diorg berkawan..diorg duduk bersembang2 tanpa buat benda2 pelik, or tgn yg merayap gatal kat atas bumbng  tu.diorg cam ada hari2 tertentu g situ, takdelah berumah tangga kat atas tu.

tak lama lepas tu trisy pindah jb duk ngan atuk dia,jade dapat jd freelancer lukis komik…endingnya masing2 bahagia, trisy sambung belajar kat oversea n jade jadi pelukis komk yg berjaya.dia lukis komik rooftop rant, kisah dia dgn trisy n diorg kawin….

apa yg aku suka dgn citer ni….aku suka friendship diorg.cerita yg simple tapi olahan yg baik.walaupun aku ada gak skip baca part2 tazkirah tu(heheheeh).aku suka friendship macam tu…..cerita ni wat aku sedar apa yg kita nak tu kita yg mencorakkan dibantu gak dgn Yang Mha Esa..macam org kata,pisau dan mentimun kat tgn kita,pandai2 lah kita nak ukir or nak potong macam mana. persekitaran tu mempengaruhi…tapi pucuk pangkal tu kita jugak.apa je keputusan yg kita wat, kita juga yg terima. badan ni gak yg menanggung.org sekeliling akan mengata or memberi nasihat, tapi yg pegang tali nak kawal hidup tu kita jugak.kekadang tu kena ckp macam ni, “pedulilah apa org kata, dia tak tau apa yg kita rasa”.heheheehe kedengaran kejam..tapi kalo asyik nak fikir apa org kata, tak kemana pun hidup kita ni.tapi as long as apa yg kita buat tu di jalan allah lah.kalo ko duk serumah degn lelaki bukan muhrim , pastu jiran mengata…tak leh nak kata lah diorg tu salah ,mmg wajar lah jiran mengata.ye tak?

tapi  kekadang tu aku pkir gak kalo org mengata macam mana?

contoh macam kalo aku pakai tudung tak match dgn warna baju, nanti org lain kutuk macam mana.macam la ketakserasian warna baju n tudung tu leh wat org buta.hehehehhhe?hehehehe padahal takde effect apapun kat org tu.

apa pun macam…aku suka phrase ni yg kat dlm buku tu.

….live well or live hell..

…you choose….

Bookmark and Share

ada apa dengan novel…

January 26th, 2009 by azzuera

ada apa dengan novel??? takde apa.tapi aku suka baca novel.ada org kata, org yang suka baca novel ni org yg suka berangan dan ada banyak impian yg tak kesampaian.so, nak merealisasikan impian tu, dia baca novel supaya impian tercapai. betul ke??? itu kata org.kata aku pulak, novel ni menggembirakan. tu sebab aku memang anti dengan novel yg sad ending.anti gila la. mmg akan ku promosikan kt org lain supaya jgn baca. aku suka novel sebab aku suka baca novel.tak de kaitan dengan impian tak kesampaian ke apa….itu sahaja,aku suka.fullstop. noktah.

suatu masa dulu aku suka citer kawin paksa…bukan sebab aku nak dipaksa kawin.takde kaitan dengan realiti hidup aku.tapi citer2 mcm ni selalunya kelakar.tensen, tegang di awal n paling penting mmg akan happy ending.rasanya bukan aku sorag yg suka, ramai lagi. tak caye??? .g la buat survey,,,citer2 mcm ni mmg dapat sambutan.novel first yg aku beli jendela hati karya aisysa sofea.ni citer kawn paksa,huhuhuhuhu. skrg ni bukan la tak minat crita type macam ni tapi dah banyak sangat kat pasaran..

dulu aku mmg jarang beli novel.skrg ni aku selalu je beli pastu tak best.menyesal btul.tapi apa nak dikata.baca je lah. mungkin aku patut jadi macam kawan aku ..dek selalu sgt terbeli novel yg tak best, dia g beli novel2 best yg dia penah baca..mungkin aku patut jadi macam dia.

thn lepas, aku beli satu novel..Plain Jane.pembelian yg tanpa dirancang.tgk kat mph, selak2 sikit, dlam 5 minit berfkir terus beli.dan hasilnya memuaskan.nape aku suka citer ni….sebab dia citer org biasa2.lynn kata aku beli sebab aku rasa aku ni cam plain jane.ye ke??entah.aku beli sebab aku rasa best cite ni.heheheheh lupakan pasal aku.mari kita citer pasal citer ni. dia lari dari konsep kawin paksa.. tapi kelakar.citer ni pasal balkis, seorg pelajar u, berbadan agak gempal, dan kisah kehiduppan dia.dia suka baca pride n prejudice dan mengimpikan boyfriendnya macam Mr. Darcy(watak lelaki hensem dlm citer tu).then, akhirnya dia bercinta dgn sorg lelaki yg memang tahap romantik macam Mr. Darcy(aku tak pernah baca pride n prejudice, tak taula mcm mana sebenarnya Mr. Darcy tu, betukan aku kalo dia ni sbnarnya tak romantik),tapi bf dia sbnarnya sibuk nak ubah dia, mmg kaya gila, g bawa dia jmpa pakar diet, dia diet dgn mkn sayur saje, akhirnya dia kurus tapi dia hilang best fren, jadi org g mementingkan diri…mcm2 lagi la.pastu, lastnya dia clash.ada ke patut mr Darcy celup tu blh tak tahu nama penuh dia???tau nama dia Kis je.ooo sunguh tak ikhlas. sedangkan kawan pun kita tau nama penuh, ni nama awek pun tak tau.mmg selayaknya di tinggalkan.rupa2nya ada mamat lain yg minat dia…apis milo.dia couple dgn apis milo lastnya.

nape aku suka citer ni?sebab ini citer yg ikhlas dan jujur,pengolahan cerita yang mantap, bahasa yang santai tapi tersusun.pendek kata , tak serabut baca.mmg seronok untuk dibaca.aku dah bagi promosi percuma kat novel ni.huhuhuhu tapi kalo korang mengimpikan cerita yg ala2 samarinda, citer org2 kaya, citer pmpuan2 cantik dan lelaki yg hensem bergaya, ini bukan ceritanya.huhuhhuhu citer ni nampak simple tapi tersendiri.nampak kelakar tapi berisi.bukan lawak bodoh semata2.bahasa santai tapi penuh bermakna…dah macam penulis novel lak dah aku ni. tapi yg pastinya, lepas baca citer ni, aku terasa nak cari buku pride n prejudice lak.heheheheh

satu lagi novel aku ak citer ialah citer tunas.karya hlovate, terbitan jemari seni.cerita ni dengar citer ada kat blog penulis ni, tapi aku baca yg dah siap jual.lagi nikmat baca novel.memula aku ingat ni citer budak2, selalu jarang ada org yg tulis novel alam persekolahan dengan jayanya. tapi novel tunas ni aku mmg suka.sungguh berjaya,

untuk anda yg menggemari cerita tingkatan tiga di sekolah tengku ashikin atau penggal pertama di sekolah sri melor atau anak kembar encik harun, cerita ini mmg seharusnya anda baca.tu dia..aku dah wat promosi tuk novel ni. cerita pasal sekolah asrama dngan latarblkang masa sekitar thn 1998- 1999.dan amat bermakna jika anda berada di tingaktan empat atau lima sewaktu thn 1999.ye korang,,,,this is our story. dengan lawak2 zaman tu, cerita2 zaman tu, mmg rasa dekat di hati betul.aku siap ingat penulis novel ni budak sekolah aku lagi n gambar kelas kat cover tu gnbar bdk sekolah aku.siap nak g bongkar majaah sekolah nak tgkk kot2 sama ke tak, sampaila dikna kata sekolah dia pon ada pokok camtu gak hehehehehe. betapa terujanya aku,aku dah ingat pmpuan kt depan tu gmbar cik ayu.heheeheheh rerupanya bukan.

aku paling suka magnificient seven tu.best…..ada citer pasal mandi kat makmal kimia waktu takde air, ada citer fly, and part paling respek sekali ada penerangan pasal teori tgn kiri fleming, pengoksidaan, dan lain2 lagi sukatan pelajaran fizik n kimia.kalo buku ni ada dulu, mesti spm aku A1 da fizik tu.heheheheh

pendek kata,, tak terkata bestnya. tak terungkap dek kata-kata..

“malam ni bulan tak mengambang pun..”

“i’m Panah Arjuna…., i spread love”

“they don’t do relationship, but they do value friendship”

 

tu la antara ayat2 yg aku ingat…

kemudian dan2 la aku terminat gila kat lagu kopitiam, download lagu tu tanpa menyedari aku dah lama ada lagu tu.huhuhhhuh

kisah semalam ….sesuatu yg kekadang kita rasa pahit, tapi manis untuk dikenang….

sapa kata takde apa2 dengan novel???itulah yg membuatkan aku menulis shoutout”mengimbas kenangan itu indah”…..mmg indah kan????

Bookmark and Share

al fatihah….

February 24th, 2008 by azzuera

jumaat lalu, tergerak nak g tgk handphone, selalu aku tinggal je dalam laci, tgk bila dah nak balik umah, kekadang kat umah baru tgk, ada miscall dari mak n satu msg "atuk d hospital".

terus tepon mak time tu gak,

"mak, kenapa?"

"atuk masuk hospital banting.pagi tadi dia kata sakit dada, bawa g klinik,pastu dia jadi sesak nafas, bagi gas pun tak okey. bawa g emergency,pengsan kat emergency tu.doktor tahan masuk wad. nak bawa g klang, tak stabil lagi.takut jadi apa2 dalam ambulan.tekanan darah rendah sangat.dah bernafas guna machine.tdi pun sekejap nadi dia terhenti tiba2.tapi okey balik. tak taulah. along doa2 lah"

satu perkhabaran yang mengejutkan aku sekali gus menakutkan. atuk aku memang seorang yang menjaga kesihatan dan sanggup berpantang makanan.makan makanan yang sesuai dengan dirinya yang menghidap darah tinggi dan kencing manis. jarang masuk hospital.kalau ada pun sebelum ni, sebab tekanan darah dia rendah sangat, kena tahan kat hospital serdang. dan aku terus bertekad. nak balik banting cuti bulan 3 ni. confirm.

aku hantar msg frenster pada Lan. dalam kalut2 tu, mesti mak tak sempat nak bagitau dia.malam tu aku dapat berita atuk dah dihantar ke Hospital Klang.kebiasaan di Banting, kalo kes2 berat kena hantar kat Klang.

pagi Sabtu, atuk dah masuk ke ICU. doktor kata fifty-fifty.adik beradik mak sume dah ada, Pak Lang n Makngah pun dah ada di Klang. waktu tu rasa cam nak terbang je balik. malam aku tepon mak, mak kata doa la banyak2. aku mematikan talian dengan satu pesan pada mak"kalo ada apa2 telefon, tengah malam pun takpe"

malam tu, pukul 1.53 pagi, telefon berbunyi…..

"along,……atuk tengah nazak.Dr tengah usaha yang terakhir .tapi 90% rasanya dah takda harapan dah…. ".

10 minit lepas tu….

"along, dah confirm atuk dah takde.jenazah tengah nak bawa ke Banting. "

memula tu rasa nak balik, macam sempat je kalo balik tiket pagi. tapi bila pkir2 balik tak sempat sebenarnya,nak kebumi sebelum zuhur.anak2 atuk pun sumer dah ada kat Banting. jadi, tak yah lah balik. cuma doakan lah dia dari sini.

aku tak boleh nak tido balik. satu2 kenangan terbayang balik. dari kecil, dari saat aku tanya " atuk nak g mana" waktu atuk nak g haji dengan arwah wan..waktu tu umur 3, 4 tahun kot,ada lagi gambar tu…sampai la saat nak datang sini.saat dapat surat tawaran g sarawak.atuk kata "pegi je, timba pengalaman kat tempat orang,kumpul duit nanti balik sini beli kereta, cash".waktu konvo, waktu dapat DPLI, waktu dpat masuk sek asrama, dapat result PMR,SPM, UPSR. macam2 lagi.

Al fatihah untuk atuk. semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman….

Bookmark and Share

sudah jatuh cinta….

February 20th, 2008 by azzuera

orangnya kelakar,mempunyai pemikiran yang mantap, business minded,pandai cari duit, sangat suka berterus terang, cakap ikut sedap mulut je tapi suka membantu orang n kawan-kawan……….

………………………………siapa dia……………

bagi klu sikit…….rambutnya kerinting2, tak dapat lagi?????…………….

dia pemilik tunggal tajol towers……..huhuhuhuhu memang bukan boyfren aku pun .itulah tajol….dalam dunia baru….tv3 setiap isnin. pkul 9 malam. tapi skang dah abis dah…

aku sebenar nya tak ikut sanagt dunia baru,yang memula dulu aku tak tgk sangat sebab aku rasa dia cam citer gedik2, citer kolej biasa yang tak logik,yang jenis kelakar yang dibuat2, yang banyak pompuan menjerit2, anggapan kau lah, soa dala kau tgk 1, or 2 episod je. season 2 aku tgk gak sbb budak umah aku pun gila tgk citer ni, tapi aku kadang keje balik lambat, jadi tak ikut sangat, tapi promosi dari lin terutamanya, so, aku dah kenal la sikit2,tapi selalu konfius lagi la nama2nya yang mana opie, yang mana suzana….

season 3,aku mengikuti sepenuhnya, sebab ada kat umah n kat sarawak ni pun bebudak ni gila tgk citer ni, n aku dah tak keje waktu malam lagi, dalam bebanyak watak memang suka tgk tajol.huhuhuhu

dia memang tak hensem sangat(bak kata kengkawan aku ni la, diorang kata serabut tgk rambut dia, tapi aku ok je, comel je dia aku rasa)huhuhuhu

aku suka sebab watak tu kelakar, tak jiwaang2 ssangat cam adif tu, n trademark dia "everything is business ,nothing personal".kat season ni citer Cici suka kat dia, tapi dia tak nak mengaku yang dia suka gak kat Cici….tapi diorang dua memenag comel,Cici n Tajol. aku cadangkan next season citer pasal Tajol n Cici lak, .tapi jangan lak wat jiwang2 nanti, tak kena la dengan trademark tajol tu huhuhuhuhu.mengarut je aku ni.

citer2 kolej ni ramai yang suka sebab dia mengingatkan kita pad zaman yang indah itu, zaman aku takdela macam citer tu, tak jumpa pun orang macam Tajol huhuhuhu kalo ada pun tak da yang nak kat aku,hehehehheeh mengarut lagi,memamg la zaman belaja la yang best sebenarnya, sebab zaman tu kita tak da tanggungjawab yang besar sangat,kalo hujan lebat tak yah g kelas, boleh lagi set dalam otak tu,

"ujan pagi ni, tak yah lah g kelas mekanik ni"

.huhuhuhuhu sambil tangan menekan2 handset…..

"kalo ko g kelas , tulis nama aku ye, aku baru bangun ni"

hehehehehhehehe

ataupun zaman meniru tutorial kawan,satu benda pun tak faham benda apa yang dia tulis tu.atau zaman pillow talk kat bilik kawan bersembang lelama.best ….kalo la dapat diulang balik, kalo diberi pilihan mana yang nak ulang balik, aku nak ulang part tak yah g kelas waktu ujan and pillow talk dgn kengkawan..dah lama rasanya tak gelak gila2 camtu….

itu bestnya zaman kolej, kengkawan best. bila kerja, ada kawan tapi keseronokan tu dah tak terasa sangat, sumer ada t/jawab sendiri, yang kawin sibuk dengan laki, yang bz sibuk kerja, kita ada benda yang lebih besar dari open pillow talk or g  jejalan tanpa arah tujuan…

dulu waktu aku 2nd year, waktu tu amik mekanik kuantum, kelas pagi pkul 8,n aku rajin gak g kelas tu wpun kena jalan dari 10th.pastu aku free sampai petang pkul 5 ada kela moral etika kot. gap tu aku selalu g mid dengan Az, tgk wayang, huhuhu kira waktu tu pejam mata pun boleh jejalan kat mid tu, betapa hafalnya aku denga jalan2 tu sebab selalu sangat pegi, huhuhuh skarang?tak leh la wat camtu, stamina pun dah kurang, jrang praktis, cepat penat…..az rindu kat ko, nak g tgjk ayang ari selasa lagi dengan ko. heheheh takleh dah guna student card, aku kerja weekdays.

cakappasal wayang…nak g tgk dunia baru, tapi kat sini ada cite cina n english je,tak ramai orang melayu , kalo bukak wayang dunia baru kitorang berenam ni je yang g tgk kot..huhuh rasa nak g pujuk tokey wayang tu…saya nak tgk Tajol…..heheheehhe

Bookmark and Share

satu ucapan terima kasih….

February 5th, 2008 by azzuera

sedar tak sedar dah sebulan aku duk kat cni…memang genap pun aku datang kat sibu 5 jan, skarang 5 feb. waktu ni sebulan yang lepas aku tengah tercangak2 kat airport tu mencari orang2 yang memegang kertas SMK methodist sibu, iaitu cikgu2 sekolah yang bakal menjemput aku sekaligus menumpangkan aku d rumahnya malam itu. dan sterusnya menghantar aku ke rumah sewa esok paginya…thanks bebanyak.

apa perasaaan duk sini? kalo korang nak rasa camne jadi perantau meh la dartang sarawak, duk setahun dua. huhuhuhu

aku duk kat sibu, syukur dapat kaw bandar, n sekolah aku ni 90% cina. aku ajar BM n seni, memang takde harapan aku ajar fizik kat cni, sekolah ni siap ada 2 orang lagi cikgu cemerlang fizik, tak campur lagi cikgu2 senior yang dah lama gila mengajar, nak banding dengan aku yang setahun jagung ni, tak da la . kena transfer g semenanjung dulu, baru dapat ajar fizik, geram gak sebab aku dengar kat semenanjung kurang cikgu sains…..tak pe lah, nak wat apa pun ….saya yang menurut perintah. ada hikmnahnya kot

aku ajar 9 kelas seni n 1 kelas Bm, syukur 1 je kelas bm tu, kalo bebanyak ada lak aku wat ajaran sesat kat situ. seni tu aku ajar semua kelas peralihan, 3 kelas form 1 n 3 kelas form 2. kira kelas pearlihan akulah satu2nya cikgu seni diorang, dan aku lah orangnya yang akan buat soalan setiap kali peksa. banyak gila kelas seni,ketua panitia seni pun ajar 2 , 3 kelas je.  tapi enjoy gak seni ni, diorang melukis memang cantik, kalo aku meliukis kat depan ada la 2,3 orang je yang ikut lukis gambar aku tu, tu semua yang tiru lukisan aku yang tahap melukis tu cam aku je la, ala2 amatur camtu, kalo yang hebat2 tu, lukis sendiri, 20 kali lagi cantik dari apa yang aku lukis.

yang bm lak aku ajar kelas 2nd last, kelas ni memang susah la nak mendisiplinkan. kalo kerja tu payah la sangat nak buat. kalo masa last, nak balik tu, tak yah la bagi kerja banyak2, 10 minit nak balik tu dah siap tutup pintutingkap, lampu semua, ready nak balik je, bunyi je loceng, tak yah la dengar nak cakap tima kasih, kalo ko duduk depan pintu tu pun mesti kena rempuh punya…baik selamatkan diri awal2.

mungkin aku selama ni duk sekolah okey2 kot, dulu waktu aku sekolah pun tak jumpa spesies macam ni(nak mampus duduk smap buat perangai macam tu?semua cikgu anti dengan ko nanti), aku g praktikal pun sekolah yang okey, budak pandai2, kesalahan paling besar kat praktikal tu pun diorang lambat masuk lab. waktu tu ada lecturer aku kena naik kelas, suruh g lab, marah2 skit. settle.kalo tak de lecturer aku tak de marah2 sgt kot….saja nak tunjuk kuasa veto kat lecturer. huhuhuhu

tapi datang sini, kejutan budaya aku. masuk kelas tu memang susah nak suruh semua berdiri, ucap selamat petang, kena jerit2 marah2 baru bangun, nak suruh ucap selamat petang je  dah amik masa 5 minit, kalo nak kuar kelas pun sama gak la konsep tu….kena marah lagi, tu belum lagi yang berkejar2ran dalam kelas, bising.. sampai penyelia petang pun pernah masuk kelas aku, tolong marah budak2 ni siap sebat lagi….diorang takut dengan pengetua, penyelia petang n cikgu disiplin.kalo dengan aku ni tak takut pun. tapi segan gak penyelia petang masuk kelas, malu n takut dia kata apa lak, hancur penilaian prestasi aku nanti

kelas peralihan okey la cuma masalah bahasa, dad yang tak faham bahasa melayu, marah camna pun di duk lagi melepak kat kerusi kawan dia aku, rerupanya dia tak faham, kawan dia translate baru di afaham, aku kalo masuk peralihan aku kena buat gaya bila bagi arahan, kalo suruh dia duduk, kena tunjuk kerusi. kalo nak ugut pukul kena tunjuk rotan..

nak marah banyak 2 pun malas, banyak sangat lak lakonan kena wat.

jumaat lepas, macam biasa kelas bm yang aku ajar tu akan terus berlarian kuar nak balik, lagi la nak cuti chinese new year ni, tetiba ada sorang budak ni.dia ni memang duk depan cikgu, dan memang akan cakap selamat petang n terima kasih setiap kali aku masuk n kuar kelas. dia cakap"terima kasih cikgu.satu orang saja yang cakap terima kasih ".

aku rasa best sangat bila ada orang yang cakap macam tu, walaupun sorang….huhuhuhu itulah makna ucapan terima kasih yang kita tak pandang sangat pun selama ni….

Bookmark and Share

from sibu with love….

January 20th, 2008 by azzuera

sehari sebelum raya aji….aku mendapat 1 msg dari kengkawan pasal dah blh tau dah tenpat posting, g tepon kpm, tapi aku tak tepon pun sebab macam malas, n sebab aku tepon tak dapat2

sehari lepas raya aji, inbox handphone penuh degan ayat2 "dah tau dah posting kat mana?", aku pun terpkir, kena tepon gak ni, lalu mencuba sedaya upaya mendail no yang diberi, tak dapat2 gak….."KPM ni blacklist ke no aku"sampai cantu sekali aku terpk

"pin,pin", aku jenguk keluar."eh, posmen".ada pos laju rupanya…

"Nor azura?"

"ye",aku jawab sambil sign kat atas slip tu.mesti surat posting ni.sebab ada alamat KPM kat envelope tu.

"er….kak…", la nak apa lagi posmen ni?

"blh tak bagi sampul tu kat saya, slip satu lagi dah ilang la…cicir.akak tak guna pun sampul tu, kan"

banayk la citer bdk ni. aku pun bagi je la sampul tu kat dia…ambik la, nak sangat.

bukak2 surat….terpandangpada satu ayat yang digelapkan….SARAWAK….

dapat g sarawak, segera bayangan bot n rumah panjang melintas di fikiran..biar betul..tapi dah ada surat, kena la percaya..sudah confirm.tertulis dan tersurat aku kena g sarawak…

dan, kat sini la aku.waktu ni dah 2 minggu aku ada kat sini, belajar hdup di perantauan…..macam g jepun lak. tapi syukur aku dapat bandar, kat sibu, mmg tengah2 bandar,blh g supermarket jalan kaki..semuanya okey, cuma tambang nak balik je la, kena berkira skit,takpelah..dah rezeki kat sini….

nanti2la tulis lagi……

Bookmark and Share

ramadan ini

September 19th, 2007 by azzuera

Ramadan ini…..

Tahun ni Ramadan aku kat kulai…tahun lepas kat KL..tahun depan…tak tahu kat mana…..ikut la dimana ditakdirkan badan ini tercampak….tercampak???teruk betul ayat aku ni tak de bunga2lansung.

Tahun lepas..sehari sblm Ramadan kami kemas rumah.gila2 kemas cam nak raya lak.termasuk dengan operasi membuang barang tak guna kat dalam rumah tu, pastu makan besar tengah haari tu, daging masak apa ntah aku tak ngat nama dia. Lin beli perncah best kat member dia, pastu masak reramai..memang best.aku,lin,shu n fauziah. sampai malam kita makan kan????walaupun Ramadan tahun lepas banyak disambut dengan berbuka dengan air masak kat csc je, pastu melayan kerenah orang lapar..pastu dah semayang  baru makan betul2..

Tahun ni…biasa je, kat kulai..kat rumah sewa…beria2 gak kami makan.complete dengan kurma ayam n bubur kacang. Tu pun campur dengan kalian yang tak sempat masak sebab nak berbuka.berlebih2. tu lah, selera besar..makannya tak seberapa.

Last week balik umah jumpa Lan, tapi kejap je dia puasa kat sini pastu dah fly balik.jadi lah tu lan.merasa la puasa kat sini kejap.yang bestnya balik, sume ada kat umah..sahur pun mak masak best..yang tak bestnya, kejap je balik..dah kena balik sini balik. Pastu sume orang pun balik raya hari khamis. Sabtu dah raya..tak sempat nak wat kuih. Mak mesti beli punya. Kalo tak cukup nanti, goreng keropok je kalo orang datang umah raya nanti. Hehehehhe.

Penat la hari ni rasa tak bermaya…padahal aku bangun dah sahur tadi.nanti la sambung…..

Bookmark and Share